Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, April 8, 2013

Kerana KECUT TELOQ dengan Aku Janji BN kepada rakyat, Anwar tarik Balik MANIFESTOLOLNYA? #PRU13 #ManifestoBN



1. Setelah dikaji dan diteliti Manifesto ‘karut’ ini, telah didapati beberapa perkara menarik yang boleh dikupas dan dijelaskan.

2. Salah satu daripadanya adalah manifesto ini tidak mempunyai data yang kukuh. Ini adalah kerana mereka yang merangka manifesto ini tidak mempunyai pengalaman berkhidmat dengan kerajaan.

3. Maka mereka sebenarnya tidak ada akses kepada agensi-agensi Kerajaan yang senantiasa mendapatkan maklum balas daripada rakyat tentang kemahuan rakyat itu sendiri.

4. Dengan mengeluarkan satu manifesto yang meletakkan perkataan rakyat retorik semata-mata kerana bukanlah ini sebenarnya keperluan rakyat.

5. Kerajaan dari satu segi boleh menimbangkan antara keperluan rakyat dan kehendak rakyat. Ini adalah satu dilema yang perlu kerajaan tanggung. Apa tidaknya, keperluan itu tidak semestinya kehendak, tetapi keperluan itulah yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

6. Dengan megeluarkan manifesto yang menjanjikan perkara-perkara karut, maka mereka sendiri telah memper’bodoh’kan beribu-ribu kakitangan awam yang sentiasa bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

7. Manifesto ini juga memper’bodoh’kan ratusan pakar-pakar ekonomi, sosial dan pembangunan yang juga berusaha bersama-sama kakitangan kerajaan untuk menghasilkan suatu pelan pembangunan negara dengan menyatakan hasil daripada 13 orang ini sahaja lebih baik daripada ratusan pakar yang lain.

8. Dengan think tank yang dimiliki oleh pakatan pembangkang, 12 janji dalam manifesto itu menciplak Barisan Nasional dan 32 janji pula tidak munasabah dan karut.

9. Tetapi yang menyebabkan Manifesto Pakatan Pembangkang tiada nilai dan tidak boleh dipercayai oleh rakyat ialah bagi kepimpinan pembangkang, manifesto itu bukan janji.

10. Gunakan Hak Untuk berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!


Baca, fahami dan teliti Rumusan 
daripada Manifesto Karut Pakatan Pembangkang ini.







































Jika begitu lemah dan kelakarnya Manifesto Pakatan Pembangkang, apakah Anwar akan menarik balik atau mengubah suaikannya supaya tidak nampak kelakar dan mengarut?


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.