Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, April 2, 2013

MENJAWAB VIDEO TURUNKAN HARGA KERETA RAFIZI RAMLI




BAHAGIAN 1


Pakatan Rakyat yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengeluarkan video manifesto mereka. Awal minggu ini dikeluarkan video turun harga kereta. Seperti semua sedia maklum mereka ingin menurunkan kadar cukai eksais kenderaan secara berperingkat dan kesan ini akan merendahkan pendapatan Negara untuk mentadbir urus bumi bertuah ini.
Menurut orang kanan mereka iaitu Rafizi Ramli, kesan penurunan pendapatan ini akan dapat ditampung dengan melelong permit import (AP) di pasaran.

Harus rakyat sedar, apabila AP ini dilelong, hanya mereka yang kaya raya sahaja akan berpeluang membida AP. Konsep lelong itu mudah, siapa yang membida dengan harga lebih tinggi pastinya mereka yang akan menang ke atas lelongan itu. Tindakan melelong ini tidak ubah seperti menutup peluang mereka yang berkemampuan mendapatkan AP dan AP hanya akan dikuasai oleh golongan kaya raya dan berkemungkinan krooni Pakatan Rakyat.

Lebih menarik apabila berbicara tentang video turun harga minyak. Bagi video turun harga minyak pula Pakatan Rakyat ingin turunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter. Menurut Rafizi Ramli kadar subsidi tambahan yang perlu ditampung kerajaan hanyalah RM6.8billion setahun dan ianya mampu ditampung dengan mengalihkan subsidi PETRONAS sebanyak RM8billion yang disalurkan kepada syarikat IPP Ananda Khrisnan, Genting Group, YTL & Syarikat milik Syed Mokthar Albukhary.



Rafizi telah melakukan pelbagai pengabaian statistik didalam video tersebut:-

PERTAMA: Rafizi menyatakan menurut statistik International Energy agency (IEA) rakyat Malaysia menggunakan 10.3 billion liter petrol dan 6.3 billion liter diesel SETIAP TAHUN. Perkataan SETIAP TAHUN itu menunjukkan Rafizi mengabaikan peningkatan penggunaan petrol oleh rakyat Malaysia. Tinjauan di laman web IEA menunjukkan statistik terbaru adalah statistik pada tahun 2009. Oleh itu nilai subsidi tambahan bukan hanya RM6.8billion setahun seperti yang didakwa Rafizi tetapi lebih.


KEDUA : Minyak yang hendak diturunkan ini adalah RON95 atau RON97. Yakinlah Rafizi sengaja tidak menspesifikasikannya kerana ingin mengelirukan rakyat. Kelak beliau akan menyatakan bahawa beliau tidak menjanjikan minyak jenis apa yang ingin diturunkan.Akhirnya rakyat akan tertipu sekali lagi dengan manifesto mereka seperti mana rakyat teripu dengan manifesto di Selongar yang popular dengan kenyataan Menteri Besar Selangor iaitu “Manifesto Bukan Janji”.


KETIGA : Subsidi tambahan setiap tahun yang dinyatakan Rafizi hanya RM6.8billion itu telah mengabaikan pergerakan harga minyak yg bergerak pantas naik dan turun di pasaran dunia masa kini. Seandainya harga minyak secara tiba-tiba naik mendadak, seperti yang berlaku pada tahun-tahun yang lalu, adakah nilai subsidi tambahan itu masih kekal statik pada nilai RM6.8billion. Ianya mampu melangkau melebihi subsisdi PETRONAS RM8billion yang ingin dialihkan itu. Jika itu berlaku, duit dari mana lagi akan Rafizi dan Pakatan korek untuk menuhi janji populis mereka itu.

KEEMPAT: Berkaitan RM8billion subsidi PETRONAS yang ingin dialihkan oleh Rafizi daripada empat syarikat besar Negara itu adalah langkah yg tidak bertanggungjawab. Kehilangan subsidi akan merencatkan perniagaan empat syarikat gergasi ini. Kesannya pasti ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan apabila perniagaan empat syarikat gergasi ni terjejas kerana pengalihan subsidi tersebut.

Ingatlah, malapetaka ekonomi seluruh dunia semuanya berpunya apabila terjejasnya perniagaan syarikat-syarikat gergasi di negara berkenaan. Sudahkah Rafizi menyediakan pekerjaan alternatif kepada mereka yang akan kehilangan pekerjaan hasil tindakan mengalihkan subsidi itu.


Mahukan anda melihat Malaysia juga lumpuh kerana terjejasnya syarikat yang merangsang ekonomi Negara. Perkara itu juga berlaku hanya ingin memenuhi janji populis pihak pembangkang? Terserah kepada anda untuk fikirkan. Anda bakal ada anak yang akan menwarisi Negara ini.

Kita tunggu pula video-video mansuh PTPTN dan Mansuh Tol.. Kita lihat berapa banyak lagi mengabaian statistik dan mengabaian kesan masa depan yang akan dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat. Untuk berkuasa janji yang akan memusnahkan masa depan dan pekerjaan rakyat pun sanggup dilakukan. Semoga rakyat terus dan terus berfikir.




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.