Abdullah
Saamah
GURUN 8
April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disifatkan sebagai seorang
yang takbur dan taksub dengan fahaman parti sendiri sehingga sanggup
mengeluarkan pelbagai fatwa yang jelas menyimpang jauh daripada ajaran Islam
sebenar.
Penasihat
Minda Pondok, Abdullah Saamah berkata, sesiapa sahaja yang taksub dengan
fahaman parti sendiri, tidak akan diakui sebagai umat Nabi Muhammad SAW.
"Nik
Abdul Aziz ini takbur dan taksub kepada pemikiran dan fahaman parti dia, orang
taksub ini Nabi Muhammad tak mengaku umat.
"Orang
macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan, tulis perkataan saya kata
ini sebab Nik Abdul Aziz setuju dengan pluralisme agama, setuju kalimah Allah
untuk disyirikkan, dia yang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas
Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Hotel Harvard di
sini hari ini.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas fatwa-fatwa Nik Abdul Aziz antaranya
solat orang UMNO tidak mendapat pahala, undi UMNO tidak masuk syurga serta yang
terbaru menuduh UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi
kontraktor.
Menurut
Abdullah Saamah, fatwa-fatwa Nik Abdul Aziz itu seratus peratus menyimpang
daripada ajaran al-Quran dan sunah serta wajib untuk semua umat Islam menolak
fatwa Menteri Besar Kelantan itu.
Katanya,
semua fatwa itu juga akan membawa mudarat bagi umat Islam jika diikuti dan Pas
boleh diibaratkan sebagai sebuah parti yang sesat lagi menyesatkan.
"Apa
yang saya nampak sekarang ialah Nik Abdul Aziz keluarkan fatwa-fatwa tersebut
untuk menyekat orang Islam daripada mendekati UMNO, ini sasaran Nik Aziz
sekarang," jelasnya.
Dalam pada
itu, Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya berkata, pihaknya bukan mahu
menyerang peribadi Nik Aziz atau pemimpin Pas lain namun mereka mahu menyangkal
ideologi sesat yang dibawa oleh parti itu.
"Kalau
mengikut nas-nas yang saya jumpa di dalam kitab Imam Al-Ghazali, Nabi Muhammad
ada menyebut bahawa kalau ulama ini jahat, dia lebih jahat dari dajal, orang
macam ini memang susah nak dibetulkan sebab dia rasa dirinya orang yang baik.
"Memang
sukar kita nak betulkan mereka, marilah kita sama berdoa agar mereka sedar
penyelewengan yang mereka telah lakukan selama ini," ujarnya.
Tambahnya,
selama 50 tahun umat Islam di negara ini tertipu dengan Pas yang kononnya mahu
memperjuangkan agama Islam.
''Penyelewengan
Pas ini bukan hanya sekarang tetapi sudah lama Pas mempropaganda dia parti
Islam, kalau orang tak ikut Pas, tak Islam.
''Habis itu
sebelum tubuh Pas semua kafirlah kalau ikut dia punya fatwa," katanya.
No comments :
Post a Comment