Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, April 10, 2013

OPS TODAK



Dinasti Lim sedang sibuk campurtangan di Johor. Guan Eng yang kemaruk kuasa mahu memastikan cengkaman kuku besi ke atas partinya serta ke atas masyarakat Cina sampai ke hujung semenanjung.

“Tiga pemimpin kanan DAP Johor meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa pilihan raya parti negeri dipercayai kerana membantah campur tangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dalam pemilihan calon di negeri ini.
“Tiga pemimpin terlibat ialah Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Timbalan dan Setiausahanya, Norman Fernandez dan Tan Chen Choon.”
Norman mengaku perintah tutup mulut telah dikeluarkan oleh DAP pusat. Namun difahami bahawa timbul pertikaian tentang senarai calon-calon DAP di Johor.
Guan Eng dikhabarkan telah menolak beberapa orang pemimpin yang nama mereka dicadangkan oleh DAP Johor tetapi sebaliknya setiausaha-agung parti itu mahu meletakkan orang pilihannya dengan tujuan untuk melunturkan pengaruh Dr Boo.


http://thestar.com.my/news


Fong Po Kuan – penyandang kerusi Parlimen Batu Gajah, Perak – yang sebelum ini diuar-uarkan akan berpindah untuk bertanding di Johor baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau mengambil keputusan berundur daripada persada politik.
M. Kula Segaran, penyandang kerusi Parlimen Ipoh Barat yang lama bertelingkah dengan warlord sepupu Ngeh dan Nga, menyatakan dirinya bersedia untuk bertanding di Johor sekiranya disuruh oleh parti.




Politik perkauman

Pilihanraya Johor menjanjikan pertarungan yang amat menarik kerana ia petanda kepada aras suhu politik di kalangan pemilih kaum Cina.
Perangkaan dalam jadual di bawah, yang disalintampal dari Malaysiakini, disediakan oleh pengarah pilihanraya PKR Johor Steven Choong.
Ia menunjukkan pola ‘split voting’. Dalam PRU12, orang Cina Johor yang mengundi calon DAP tidak memberikan undi mereka kepada calon PAS manakala orang Melayu Johor yang mengundi calon PAS tidak memberikan undi mereka kepada calon DAP.

Pilihanraya 2008

Bilangan undi di lima kawasan Parlimen Johor — Segamat, Labis, Ayer Hitam, Kluang dan Tanjung Piai.
Calon-calon pembangkang yang bertanding dalam PRU12 di kerusi-kerusi tersebut ialah Pang Hok Liong (DAP), Teo Eng Ching (DAP), Hussin Sujak (PAS), Ng Lam Hua (DAP) dan Ahmad Ton (DAP).


Rumusan

Hanya Johor negeri tunggal di mana kerusi-kerusi majoriti Cina belum lagi disapu bersih DAP.
Jikalau sokongan masyarakat Cina Johor turut diserah kepada DAP juga, maka akan terbuktilah kesahihan teori bahawa parti tersebut sudah berjaya meraih 90 peratus sokongan kaum Cina.
Johor juga merupakan medan tempur yang bakal menentukan hidup matinya MCA.





No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.