Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, April 5, 2013

#PANAS DATUK CHUA JUI MENG RUJUK MCA SEMULA???


Sia Ka Tuan salah seorang pemimpin MCA Bakri mempunyai jawapan yang tepat untuk menjawab isu Kehilangan Datuk Chua Jui Meng hampir 30 hari dalam PKR. Beliau mempunyai hubungan erat dengan Datuk Chua Jui Meng bekas bos beliau di MCA Bakri. Tidak perlulah mymassa menyebut individu-individu lain MCA yang bertemu Datuk Chua Jui Meng, kerana biarlah batang tubuh sendiri yang mengesahkannya sendiri.


Sebelum ini, dilaporkan pertemuan Datuk Chua Jui Meng dengan rakan-rakan lamanya di dalam MCA Bahagian Bakri dan MCA Johor di sini http://mymassa.blogspot.com/2013/03/adakah-chua-jui-meng-kembali-kepada-mca.html. Kami tidak boleh memberikan maklumat lebih detail demi menghormati privasi Datuk Chua Jui Meng dan rakan-rakan lamanya di dalam MCA.



Bagi kami, adalah menjadi hak Datuk Chua Jui Meng untuk menentukan masa depan politiknya, sama ada hendak kekal di dalam PKR atau kembali kepada MCA yang sudah kira-kira 23 tahun sebati dalam jiwanya.



DATUK CHUA JUI MENG DILUDAH PENYOKONG PKR DENGAN CARA "PTUII...DAN PTUIIII."

Walaupun penyokong-penyokong PKR dan DAP serta PAS mencaci, membuli, menghina dan memburuk-burukkan Datuk Chua Jui Meng di media internet, namun cacian dan busuk mulut mereka tidak dapat menghalang Datuk Chua Jui Meng untuk kembali ke jalan yang benar. "Saya sudah menemui jalan pulang", "saya sudah menemui jalan yang benar".

Apakah salah Datuk Chua Jui Meng bertemu kawan-kawan lamanya di dalam MCA dan UMNO? Bukankah Datuk Chua Jui Meng bercuti  tanpa tarikh, maka tidak mengapalah beliau bertemu sesiapa yang beliau suka. 


Sehingga ke hari ini, MCA negeri Johor dan MCA Bakri mahupun Datuk Chua Jui Meng mengambil pendekatan berdiam, tunggu dan lihat dahulu mengenai perkembangan isu ini. Masing-masing sedaya upaya menyembunyikan rahsia mereka. Mymassa turut menggunakan pendekatan yang sama dengan tidak memberikan butir-butir pertemuan mereka sebagai menghormati kedua-dua pihak.

Justeru untuk kes Datuk Chua Jui Meng, kita menyerahkan kepada MCA dan Datuk Chua Jui Meng sendiri untuk mengesahkan laporan wartawan My Massa yang "mengintip" sekian lama pertemuan-pertemuan Datuk Chua Jui Meng dengan rakan-rakan lamanya itu.


Teruskan Membaca Di sini

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.