Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, April 9, 2013

Panas!!!Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan Nyatakan Kenapa Perlu Undi BN!!



“Bagaimana UMNO dikatakan menolak Islam? Islam itu ditulis sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan. Itu sudah ternyata UMNO mendaulatkan agama Islam,” tegas bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang secara terus menerus mengeluarkan ‘fatwa’ terhadap orang UMNO.

Selepas ‘mengkafirkan’ UMNO, beliau juga membuat dakwaan solat orang UMNO juga tidak mendapat pahala kononnya UMNO menolak dasar Islam sebaliknya membawa dasar kebangsaan.


Biarpun kenyataannya mengundang kemarahan dan dibidas pelbagai pihak, beliau tetap mempertahankan kenyataan itu.

Wan Ismail yang juga antara bekas pengasas penubuhan PAS di negeri ini berkata, tindakan dilakukan Menteri Besar Kelantan itu semata-mata bersifat politik dan perjuangan untuk menawan Putrajaya.

Katanya, Nik Abdul Aziz bukan sesiapa untuk menentukan dosa dan pahala seseorang umat Islam kerana ia hanya ditentukan oleh Allah SWT.

“Saya anggap beliau sebagai ‘pelakon’ yang hanya mahu menarik orang ramai supaya mengundi PAS, tidak lebih daripada itu.

“Apa saja kenyataannya juga hanya untuk berjuang ke Putrajaya dan semata-mata disebabkan mahu kepada kuasa saja,” katanya.

Selepas mendakwa solat UMNO tidak mendapat pahala, Nik Abdul Aziz turut menegaskan bahawa UMNO membuat projek membina masjid bukan mahu menegakkan syiar Islam tetapi mahu ‘mengenyangkan’ golongan kontraktor.

Beliau turut mendakwa biarpun UMNO mengadakan program berkaitan Islam, namun ia juga tidak diberi pahala kerana parti terbabit menolak Islam.




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.