Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, April 3, 2013

Peguam Naser Disa : Undang-undang Sudah Cukup Lindungi Kalimah Allah



Peguam Naser Disa berkata, kesilapan persepsi di kalangan masyarakat awam adalah menganggapPerlembagaan negara sebagai sekular yang tiada kaitan langsung dengan hal-hal berkaitan Islam.

Perkara ini terserlah dalam ‘Amanat Hadi’ yang diucapkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 1981.

“Tuan-tuan ingatkan…salah satu ‘amanat itu’, kenapa dikatakan bahawa UMNO itu ditentang dan UMNO itu boleh dilawan dan sebagainya ialah kerana UMNO itu mengekalkan Perlembagaan penjajah. Perlembagaan penjajah itu yang kita nak bincangkan hari ini sama ada Perlembagaan itu mempertahankan atau memelihara kesucian nama Allah itu.

“Kalau yang ambil satu pendekatan simplistik, dia kata kalau dah Perlembagaan penjajah, mana ada agama. Ini salah persepsi

“Sedangkan, saya nak sebut, dalam Perlembagaan itu, istilah human right itu tidak ada. Ungkapan human right itu tidak ada. Sebaliknya yang ada adalah agama Islam.

“Islam sebagai agama negara, agama Persekutuan..ada. Nama Allah pun ada di dalam Perlembagaan. Nama Allah mesti dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong apabila Yang di-Pertuan Agong nak menjawat jawatan.. apabila seorang Sultan nak menjawat jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda mesti bersumpah. Sumpahnya mesti dilafazkan ‘Wallahi Wabillahi Watalahi’.

Menurutnya sumpah ‘Wallahi Wabillahi Watalahi’ adalah sumpah syarie yang berdasarkan kepada ajaran Islam.

“Maknanya, dari segi Perlembagaan pun menganggap dan mengiktiraf bahawa Allah ini adalah milik Islam. Mesti dilafazkan menurut prinsip Islam. Tidak ada dalam Perlembagaan ini yang mewajibkan bersumpah ‘in the name of God’, apa semua ni tak ada, dalam bahasa Inggeris pun tak ada.

“Lafaz itu sengaja diwujudkan di dalam Jadual Keempat dalam bahasa Melayu, ‘Wallahi Wabillahi Watalahi’, itu yang utama.

“Teks sahih Perlembagaan ini yang sebenarnya dalam bahasa Inggeris. Tetapi dalam konteks bersumpah atas nama Allah ini, dalam bahasa Melayu. Pada semua masa mesti memelihara agama Islam.

“Ini komitmen Yang di-Pertuan Agong, ketua utama negara. Selaras dengan prinsip agama negara, agama Islam”

Naser Disa merupakan salah seorang Peguam Kanan Persekutuan dari Jabatan Peguam Negara yang mewakili Menteri Dalam Negeri sebagai Responden Pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai Responden Kedua dalam kes tuntutan kalimah Allah oleh Tan Sri Murphy Pakiam, Tirtular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur pada tahun 2009.

Paderi Pakiam sebagai pemohon mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur membuat permohonan semakan penghakiman di Mahkamah Tinggi setelah majalah mingguan, Herald Catholic Weekly dikenakan syarat larangan penggunaan perkataan Allah oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam terbitan mereka.

Menurut Naser Disa apabila kalimah Allah dibenarkan kepada penganut agama lain, maka penyalahgunaan telah berlaku kerana kalimah itu adalah hak eksklusif umat Islam di Malaysia.

“Isu penyalahgunaan nama Allah ini, sebenarnya sudah pun termaktub di dalam undang-undang, tak boleh. Dah selesai dah. Settle dah, bukan polemik nak bincang-bincang lagi, bukan. Semua dah settle undang-undang (dah buat keputusan), tak boleh.

“Dalam Enakmen di Selangor, Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam yang No 1 Tahun 1988 itu sudah pun disenaraikan berpuluh-puluh perkataan termasuklah nama Allah ini tak boleh digunakan.

“Di negeri, sepuluh (negeri) lain juga sama.. di Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, dah ada. Yang tak ada empat negeri saja…Wilayah Persekutuan, Penang, Sabah dan Sarawak. Ini undang-undang, enakmen ini tidak ada. Masih belun digubal.

“Penggubalan undang-undang ini dibuat berdasarkan kepada Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Maksudnya, Perlembagaan sememangnya membolehkan halangan, dia panggil ‘restrict and control’. Perkara 11 (4) itu membolehkan ‘restrict and control’ dalam penyebaran agama-agama lain.

“Kita ‘restrict’ apa? Penggunaan Bible dalam bahasa Melayu sebab bahasa Melayu ini digunakan oleh orang Melayu. Kita ‘restrict’, kita sekat supaya ajaran Kristian itu, salah fahaman Kristian itu tak melebar kepada orang Islam.

“Undang-undang ini diluluskan untuk tujuan itu dan undang-undang ini very strict. Salah satu peruntukan, Seksyen 4, ‘Kalau seseorang, tak kiralah seseorang itu dia cuba mempengaruhi orang Islam supaya orang Islam rasa benci kepada agama Islam ini. Dia preach, dia kempen supaya orang Islam rasa benci kepada agama Islam’. Sudah menjadi satu kesalahan di bawah enakmen ini.

“Dia rasa benci kepada agama Islam ataupun dia rasa tertarik untuk meninggalkan Islam. Pun satu kesalahan.

“Dan lebih lagi, Perlembagaan sebut, ‘tak kira sama ada orang yang dia sampaikan itu terpengaruh ataupun tidak, kalau orang itu tak terpengaruh, orang tu dengar saja’, sudah menjadi satu kesalahan.

Menurutnya, undang-undang untuk menjaga kedudukan Islam adalah syarat yang dikenakan oleh Raja-raja Melayu ketika Perlembagaan Malaysia dibentuk.

“Undang-undang memelihara agama Islam dan umat Islam sangat ketat. Kerana apa? Kerana that a the social contract antara mereka dengan kita.

“Social contract yang dikenakan oleh Raja-raja Melayu semasa kita nak membentuk negara kita. Ok, ‘awak boleh datang ke sini’, ‘awak bebas menjalankan agama kamu’, ‘awak bebas menjalankan ajaran-ajaran dan kepercayaan kamu tetapi jangan ganggu agama Islam’, ‘jangan ganggu umat Islam’ dan perkara ini dimaktubkan dalam Perkara 11 (4) Perlembagaan dan juga dalam undang-undang Enakmen Negeri-negeri.”

Menurutnya lagi, kedudukan Islam dalam undang-undang sudah mencukupi, namun yang bermasalah adalah penguatkuasaan.

“Jadi, hakikat sebenarnya benda ni dah settle. Saya nak bagitahu, benda ni dah settle. Isu ni dah tak boleh pakai cuma penguatkuasaannya sahaja.

“Jadi, komen yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin parti politik yang minta supaya dibenarkan juga, sebenarnya statement-statement itu bercanggah dengan undang-undang. So, what our action daripada pihak-pihak yang mempunyai autoriti ini.

“Mereka yang kuatkuasakan undang-undang ini, Jabatan Agama dan juga Polis Diraja Malaysia. Jadi, kalau Polis Diraja Malaysia pun dok tepis, dia kata ini isu agama, bukan saya punya jabatan. Ini masalah. Mereka perlu difahamkan. Mereka (perlu) kuatkuasakan benda ini.”




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.