Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, April 2, 2013

Tiada perkataan Melayu dalam manifesto PR!




POINT UTAMA MANIFESTO PAKATAN RAKYAT

1.  Harga Minyak Turun.

2. Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah.

3. Tarif Air Turun.

4. Hapus Tol.

5. Hapus Monopoli.

6. Harga kereta Turun Serendah RM25,000.

7. Hapus Saman AES, Batal Saman AES.

8. Pendidikan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN.

9. 150,000 Rumah Mampu Milik.

Lain2 berkaitan projek2, alam sekitar (hentikan projek Lynas), cukai, wujudkan 1 juta peluang pekerjaan dengan kurangkan buruh asing, gaji minima RM1,100 sebulan, tentera, pemandu teksi, pengangkutan, perubatan, pendidikan (mansuh AUKU & kebebasan akademik), banteras rasuah dan lain2.


Sila faham dulu apa maksud manifesto, sebab ada seorang MB cakap manifesto itu bukanlah satu janji.

Tapi, Menurut Kamus Oxford

  • Maksud perkataan manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.

“Secara keseluruhannya maksud Manifesto adalah satu pengisytiharan yang diterbitkan lisan niat, motif, atau pandangan penerbit, individu, kumpulan, parti politik atau kerajaan. Manifesto biasanya menerima pendapat sebelum diterbitkan atau konsensus awam atau menggalakkan idea baru dengan tanggapan preskriptif (prescriptive) untuk menjalankan perubahan penulis percaya perlu dibuat.”

Jadi, apa makna semua manifesto ini kalau bukanlah berniat untuk ditunaikan?

Cukuplah kita telah ditipu dan diperdaya oleh Pakatan Rakyat selama ini. Cuba lihat dan teliti satu persatu, helaian demi helaian, tiada langsung tertulis perkataan Melayu dalam manifesto tu. Kesian orang Melayu, menang sorak, kampung tergadai.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.