Tulisan
Tun di blog Tun telah menghilangkan saki baki hormat saya kpd Tun. Tun tidak
lagi menegur mahupun dalam mode game divertion spt yang banyak diperkatakan
orang tapi lebih bersifat seperti mencabar undang2 yang membabitkan hasutan.
Apa
yang sudah berlaku kepada seorang negarawan yang berpandangan jauh suatu waktu
dahulu? Apakah disebabkan hasutan daripada kwn2 dan bekas-bekas financier yg
hilang byk kepentingan termasuklah IPP dan projek2 kerajaan lain, menyebabkan
Tun jadi sebegini rupa?
Tun
berckp tentang derma RM2.6 bilion sebagai bullshit. Seingat2 saya perkataan
'shit' merupakan label penghormatan yang diberikan oleh Sasterawan Negara yang
juga merupakan Profesor Emeritus USM, Shahnon Ahmad kepada Tun sndiri. Ia
adalah perkataan taboo buat Tun. Perkataan yang menghiris-hiris penarafan dewa
yang diberikan kepada Tun oleh golongan pengampu dan penjilat pada ketika Tun
berkuasa dahulu. Perkataan yang dianggap sebagai merendah-rendahkan seorang
pemimpin yang dikatakan amat mempengaruhi dunia oleh seorang penulis novel yang
tidak lekang bercerita tentang nostalgia persekitaran pada zaman 50-an.
Kata
Tun, mustahil ada pihak yang bermurah hati menderma sebanyak itu. Tapi Tun
buat-buat lupa, masa Tun membantu negara-negara Islam termasuklah selatan
Mindanao, adakah Tun korek duit tabung sendiri? Bukankah Tun juga memperolehi
dan menggunakan sumbangan daripada beberapa buah negara termasuklah dari Arab
Saudi dan Brunei untuk penghantaran bantuan kecemasan kepada umat Islam di
Bosnia-Herzegovina, Kosovo, Palestin, selatan Thailand, Chechya dan sebagainya?
Mengapa
keadaan yang sama tidak Tun gunakan dalam keadaan masakini? Zaman Tun, NED,
OSI, NSI dan sebagainya tidak bermaharajalela di Malaysia. Zaman Tun, gerakan
menumbangkan dan menghumbankan UMNO dan Barisan Nasional tidak sehebat mana
selain modal yang digunakan pun hanyalah air liur. Anwar Ibrahim takut untuk
menunjukkan wajah sebenarnya kerana bimbang kehilangan jawatan. Selepas hilang
jawatan dan kedudukan pada tahun 1998, barulah Anwar Ibrahim menunjukkan siapa
dia sebenarnya menerusi kedatangan Al-Gore yang menghitambirukan muka Tun
secara berdepan-depan dalam ucapan yang terkenal memalukan itu? Selepas Anwar
Ibrahim dipecat dan disingkirkan, barulah modal-modal besar dari Amerika
Syarikat dan Jerman masuk ke negara ini secara terang-terangan.
Berapa
banyak pula belanja yang telah dikeluarkan untuk menghitamkan watak Anwar
Ibrahim sepanjang 1998 sehingga 2003? Adakah semua usaha tersebut diberikan
secara percuma?
Benar,
ia tidak mungkin keluar dari kocek peribadi Tun tetapi sudah tentu
pengampu-pengampu projek kerajaan yang bernilai berbilion ringgit seperti
Vincent Tan, Tiong Lay dan sebagainya amat bermurah hati untuk membantu. Yang
Tun pertikaikan adalah mengapa akaun peribadi Najib dan Tun bandingkan dengan
diri Tun yang tidak mampu dapatkan derma atau sumbangan daripada negara-negara
Arab untuk mendirikan Universiti Islam Antarabangsa dan Pusat Islam Oxford.
Negara
Arab mana yang berani menderma kepada Tun pada waktu itu? Kekaguman Arab kepada
Malaysia hanya berlaku pada penghujung hayat Tun sebagai Perdana Menteri
Malaysia, bukan antara tahun 81 sehingga 93. Negara Arab hanya pandang Tun dan
Malaysia setelah kedatangan Allahyarham Yasser Arafat, pemimpin PLO Palestin ke
Malaysia. Arab hanya menghormati Malaysia dan Tun hanya selepas kedatangan
Aliya Izetbegovic, pemimpin Islam Bosnia. Kiblat Arab adalah Amerika Syarikat
dan Eropah. Hanya selepas pemimpin-pemimpin baru Arab berkuasa dan melihat
sendiri kemusnahan wilayah Arab menerusi perbuatan Amerika Syarikat yang
dikenali sebagai Arab Spring, barulah mereka ada otak dan cuba mencari jalan
keluar agar tidak terus dicengkam oleh Amerika Syarikat. Mereka memerlukan
sebuah negara yang baik dengan semua kuasa besar seperti China dan Russia untuk
membantu mereka mengekalkan kuasa daripada dijatuhkan oleh rakyat sendiri.
Tun,
Tun
mengulangi semula kisah 1MDB walaupun telah diterangkan berkali-kali oleh
pengurusan dan CEO 1MDB. Tun berkali-kali bercakap tentang anak tiri Najib yang
merupakan produser film. Tun berkali-kali bercakap tentang gaya hidup mewah
Najib dan isterinya. Sekaligus mengingatkan saya kepada pembohongan
berulang-ulang Anwar Ibrahim sehingga pembohongannya diterima sebagai satu
kebenaran.
Tapi
Tun lupa, projek perkampungan filem, perkampungan buku dan pelbagai projek
perkampungan yang diwujudkan pada era Tun, berakhir tanpa nisan. Begitu juga
dengan projek-projek mega yang akhirnya dikuasai oleh bukan Melayu, bukan
Bumiputera. Melayu dan Bumiputera masih kekal berkolar biru. Kalau ada pun yang
bernasib baik, mereka dilantik sebagai kepala GLC yang kemudian lupa diri dan
lupa bahawa modal untuk menjutawankan mereka adalah dengan mengorbankan jutaan
Melayu dan Bumiputera yang lain selain aset-aset Melayu dan Bumiputera seperti tanah.
Ke mana pergi kesemua duit tersebut? Adakah ianya bersifat percuma juga seperti
politik Tun sepertimana yang Tun dakwa?
Tun
lupa bagaimana anak-anak Tun sendiri tidak hidup dengan menoreh getah atau
mengerat padi. Pada kemuncak zaman reformasi, apabila kekayaan anak-anak Tun
dipertikaikan dan punca kekayaan mereka, apa jawapan yang Tun berikan? Tun
permainkan daya fikir rakyat Malaysia pada waktu itu dengan mengatakan, mereka
berniaga dan tidak boleh makan gaji dengan kerajaan. Tetapi Tun tidak pernah
menerangkan bagaimana perniagaan anak-anak Tun begitu berjaya dalam tempoh yang
amat singkat dan kesemua perniagaan mereka pula berkaitan dengan projek
kerajaan. Tun cuba membuatkan generasi saya melupakan skandal MISC yang
diterajui oleh salah seorang anak lelaki Tun.
Najib
juga sama seperti Tun. Sama-sama datang dari UMNO. Sama-sama berkuasa pada
zaman masing-masing. Apa yang Tun racaukan sekarang, Tun tidak praktikkan pada
zaman pentadbiran Tun. Tun hanya mahu Najib ikut acuan Tun tetapi ketika Tun memerintah
dahulu, Tun pun tak ikut acuan yang diperkatakan sekarang sebaliknya
menggunakan undang-undang sebagai perisai untuk terus berkuasa.
Saya
tidak berminat untuk membela Najib daripada segala tuduhan Tun tetapi melihat
kepada keadaan negara yang semakin kacau bilau dan dengan DAP yang bijak
mengambil kesempatan memecah belahkan Melayu dan Bumiputera di negara ini
bertitik tolak daripada permainan Tun, saya rasa jengkel yang amat sangat.
Dengan tempoh berbaki masa 2 tahun, apa yang Tun dan juak-juak Tun lakukan
sekarang adalah untuk memindahkan kuasa dari tangan Melayu dan Bumiputera
kepada kelompok 16% penduduk rakyat negara ini.
Tak
payahlah cerita tentang ketirisan wang negara kerana ketirisan lebih banyak
berlaku pada zaman Tun. Golongan yang menentang Tun pada waktu itu masih hidup
pada hari ini. Tulisan-tulisan dalam akhbar dan tabloid seperti Watan yang Tun
haramkan dengan kuasa KDN, masih boleh dibaca dan disalin. Begitu juga dengan
buku-buku politik yang tidak dibenarkan jualan atau dirampas, masih boleh
diperolehi dengan mudah sama seperti buku-buku politik yang dibenarkan jualan
atas nama mempertahankan kerajaan Tun.
Lebih
baik Tun berehat daripada mengeluarkan pandangan. Tun memang hebat dan
terbilang pada zaman Tun. Sama macam T-Rex terbilang dan terhebat pada zaman
Jurasic. Sekarang adalah zaman haiwan-haiwan seperti singa, harimau dan jerung.
T-Rex hanyalah fosil dan dipamerkan di muzium. Singa, harimau dan jerung masih
lagi makhluk hidup dan merupakan apex rantaian makanan zaman kini.
Tak
perlulah menggunakan nama Melayu dan negara lagi kerana apa Tun lakukan
sekarang pun, lebih meranapkan negara dan Melayu berbanding yang Tun salakkan.
Saya
hanyalah orang kecil tetapi saya adalah golongan yang cukup setia beratur pada
awal pagi untuk memangkah mana-mana parti politik yang saya rasakan mampu
menjaga negara ini, kalau tidak pun menjaga survival saya dan anak cucu saya
pada masa hadapan. Tidak perlulah mengajar dan menyuruh kami berbuat itu ini
hanya untuk memenuhi keegoan seorang bekas Perdana Menteri. Kami sudah cukup
matang untuk membuat penilaian kami sendiri, sama ada untuk menyokong Najib
atau menolak UMNO atau Barisan Nasional pada PRU akan datang. Kalau terjadi
sesuatu yang buruk.
1 comment :
Terbaikkk..perenggan terakhir itu jugalah kata kata nasihat yg arwah ibubapa pesan pada saya..alfatihah utk emak dan abah..
Post a Comment