1.
Perkara utama yang dipungkiri adalah, jika jadi pemimpin maka ada yang dipimpin
dan yang menyokong. Namun selepas tidak lagi jadi pemimpin, maka mencuba
menjadi pemimpin semula. Melalui percubaan semula atau ingin kembali inilah
yang membawa malapetaka kerana membawa matalamat menghalalkan cara. Ada juga
pemimpin yang ingin kembali itu bukan bertujuan secara fizikal memimpin, akan
tetapi bertindak agar pemimpin yang mewarisi kepimpinan perlu bertindak sebagai
proxy atau di bawah remote control.
2.
Jika seseorang pemimpin atau kumpulan pemimpin yang merupakan mantan atau
mantan-mantan pemimpin mahu kembali semula, namun masa atau waktu atau musim
mereka sebenarnya sudah luput di mata penyokong, maka seseorang atau kumpulan
itu mencipta berbagai tindakan, antaranya mengungkit, mendedahkan kelemahan,
membanding-bandingkan kejayaan, malah mencipta isu buruk agar supaya pemimpin
pewaris tersebut terpalit dan mendapat imej buruk.
3.
DS Najib Razak misalnya merupakan sasaran berbagai dakwaan. Dakwaan sebagai pak
turut kepada Singapura, dakwaan melupakan dasar pandang ke timur, sebaliknya
kekiblat ke barat, dakwaan tidak menghargai kepandaian rakyat sendiri selain
dakwaan meniru-niru seperti dalam slogan 1Malaysia.
4.
Tindakan mencipta keburukan terhadap imej DS Najib antaranya, Perdana Menteri
ke-6 itu di bawah kawalan isterinya, malah didedahkan berbagai imej buruk
seperti pasangan yang suka berbelanja besar, pasangan yang gemar melawat luar
negara, malah didakwa sebagai Perdana Menteri yang tidak perhatin kepada
rakyat, kerana sanggup bermain golf di kala rakyat di timpah musibah.
5.
Semua dakwaan terhadap Perdana Menteri dan pasangannya, sudah tentunya
diwar-warkan oleh musuh-musuh politik khususnya pembangkang, namun beliau tidak
mendapat pembelaan, malah disiram dengan petrol oleh para pemimpin Umno
sendiri.
6.
Mantan Perdana Meneri- Tun Dr Mahathir adalah orang pertama pemimpin Umno
mengatakan bahawa jika DS Najib masih sebagai Perdana Menteri dan Presiden
Umno, maka pada PRU-14 akan datang, UBN akan kehilangan kuasa.
7.
Untuk dakwaan tersebut, maka dijadikanlah isu 1MDB sebagai sandaran utama. 1MDB
dijadikan sandaran, atas sebab Perdana Menteri merupakan penasihat kepada
Lembaga Pengarah syraikat milik Kemneterian Kewangan tersebut. Sebagai
penasihat, maka mudah untuk mengumpul imej negatif, kerana 1MDB mempunyai
hutang yang sangat besar, sehingga satu ketika tidak dapat membayar hutang yang
telah matang.
8.
Serangan para pemimpin Umno yang telah luput disertai oleh pembangkang, malah
disokong oleh media antara bangsa serta media pro pembangkang, tujuannya untuk
menyokong dakwaan bahawa jika DS Najib meneruskan kepimpinan beliau, maka UBN
pasti akan tumbang.
9.
Saban hari isu 1MDB diputar dan diputar, sehingga dua orang pemimpin kanan Umno
terjebak atau terperangkap, sehingga turut serta dalam permainan. Apabila
terikut dalam permainan, maka bertambah rancaklah persepsi negatif kepada
Perdana Menteri.
10.
Untuk tujuan pukulan maut, maka dibocorkanlah maklumat wang sumbangan bernilai
RM2.6bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri. Kebocoran maklumat itu,
bukan alang kepalang, dunia di beritahu, kerana di laporkan oleh The Wall
Street Journal surat khabar berpengaruh milik Amerika Syarikat.
11.
Benar juga, selepas WSJ menyiarkan berkaitan wang sumbangan tersebut, pukulan
maut dijangka berjaya dengan mempergunakan aparat kerajaan seperti Jabatan
Peguam negara, SPRM, Bank Negara dan Polis untuk merealisasikan rancangan atau
tindakan memaksa DS Najib meletakkan jawatan.
12.
Walaupun rancangan tersebut gagal, namun imej serta persepsi terhadap DS najib
semakin tercalar dan menjunam. Di media sosial misalnya, setiap posting PM itu
di facebook dipenuhi oleh hashtag- yang mmencemoh Perdanna Menteri, malah
tindakan itu dilapor oleh media antarabangsa, antaranya BBC, Bloomberg,
Telegraph dan banyak lagi.
13.
Setakat ini, memang mereka yang mahu Najib meletakkan jawatan berjaya memberi
imej buruk kepada Perdana Menteri, namun masih ada yang percaya dan yakin,
tindakan Perdana Menteri sejak menjadi perdana Menteri pada 3 April 2009, masih
banyak kebaikan kepada rakyat secara keseluruhan berbanding keburukan.
14.
Salah seorang Menteri Kabinet Persekutuan- Dato Rahman Dahlan pernah berkata
bahawa DS Najib merupakan Perdana Menteri terbaik yang pernah ada. kerana tidak
pernah berlaku di negara ini, bahawa seorang Perdana Menteri yang dikecam,
namun tidak mengambil tindakan terhadap pengecam, malah PM itu senantiasa dalam
keadaan bertahan. Jika keadaan yang dialami DS Najib berlaku sebelum beliau,
sudah pasti, penjara Kamunting sudah penuh sesak. Tindakan yang pernah
dilakukan DS Najib hanya menggunakan mahkamah, di mana sebelum ini tidak pernah
berlaku, kerana sebelum itu, jika keadaan itu berlaku, maka jawapannya mudah,
amankan pengacau dalam tahanan.
Baca AYT di sini
No comments :
Post a Comment