KEJATUHAN
NILAI RINGGIT
Hari
ini, nilai Ringgit adalah RM4.00 bagi satu dolar. Apabila saya membuka akaun
Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 status yang keluar di Facebook menghentam
kerajaan berkenaan nilai mata wang Ringgit Malaysia.
Berdasarkan
penelitian, mereka yang menghantar komen-komen di laman sosial tersebut
kebanyakannya adalah daripada golongan belia yang seolah-olah menganggap
Malaysia akan musnah esok.
Dalam
masa sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia menjalani
transformasi menjadi pakar perlembagaan, penganalisis dan kini pakar ekonomi
pula.
Ada
juga yang menyalahkan Najib dan UMNO. Terdapat satu kumpulan yang dinamakan
Suara Rakyat yang gemar berkata ‘negara lain adalah lebih baik kerana UMNO
tiada di Negara mereka’.
Sudah
tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan terlepas pandang
fakta bahawa :
• Russian Roubles hilang 114 peratus berbanding
dolar AS
• Indonesian Rupian hilang 51 peratus
berbanding dolar AS
• Indian Rupees hilang 38 peratus berbanding dolar AS
• Norwegian Krone hilang 37 peratus
berbanding dolar AS
• Australian Dollars hilang 24 peratus
berbanding dolar AS
•
Euro hilang 20 peratus berbanding
dolar AS
• Thai Baht hilang 10 peratus berbanding
dolar AS
Adakah
saya perlu teruskan?
Salah
satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ini
adalah kejatuhan harga minyak. Minyak mentah diniagakan pada US$70-80 setong.
beberapa tahun yang lalu dan kini ianya jatuh kepada US$50 setong.
Bukan
AS sahaja rakan niaga kita dan prestasi Ringgit kita tidak diukur berbanding
dolar AS sahaja.
Apabila
kita lihat pada Ringgit,
•
kita lebih kukuh berbanding Dolar Kanada
(2 peratus)
•
kita lebih kukuh berbanding Rupiah India (10 peratus)
•
kita lebih kukuh berbanding Yen Jepun
(14 peratus)
•
kita lebih kukuh berbanding Rupiah
Indonesia (18 peratus)
Tidak
perlulah saya senaraikan kesemuanya, memadai dengan menyebut beberapa contoh.
Adakah
anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia
hampir dengan 20 peratus?
Sesetengah
dari kita cepat untuk memberi berita negatif dan cepat mengulas seperti seorang
pakar dalam Facebook dan Twitter. Itulah hakikat sikap kita hari ini.
Malangnya,
tiada di antara kita yang merujuk kepada tahun 1998.
Ramai
yang lupa bahawa Ringgit pernah jatuh serendah RM4.725 untuk satu dolar pada 7
Januari 1998 (kadar menjual BNM, di kaunter adalah lebih daripada RM4.80-4.88).
Mungkin
mereka yang rancak menghentam mengenai
keadaan ekonomi kita di Facebook kini masih di bangku sekolah ketika itu. Sudah pasti mereka tidak tahu apa yang
berlaku pada tahun 1998, zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.
Dulu
a)
Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan
b)
Isi rumah yang membebankan
b)
kadar bunga pinjaman purata adalah 12.16 peratus
c)
Kadar inflasi hampir kepada 3 peratus tanpa penarikan subsidi.
Sesiapa
yang meragui bahawa kadar inflasi 2-3 peratus hari ini adalah benar dan
merasakan ia sebenarnya yang lebih tinggi, cuba terapkan pemikiran yang sama
untuk tahun 1998-1999.
Ya
pasti anda terkejut, kadar bunga pinjaman purata adalah lebih 12 peratus.
Itulah yang berlaku pada masa itu.
Anda
boleh mengatakan ia adalah sejarah lalu dan anda boleh terus menyalahkan
Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan Kerajaan untuk kejatuhan hari ini.
Tetapi
dimasa akan datang, sebelum anda berkongsi kemarahan anda di Facebook atau
Twitter, tanya diri sendiri, adakah penurunan nilai Ringgit memberi kesan
kepada anda?
1.
Adakah anda membeli-belah dalam talian daripada laman web Amerika Syarikat?
2.
Adakah anda merancang untuk terbang ke Amerika Syarikat untuk bercuti?
3.
Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat?
4.
Adakah anda mengimport barang yang akan dijual semula di Malaysia?
5.
Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari Amerika Syarikat untuk
digunakan di sini?
6.
Adakah anda sama sekali menggunakan dolar AS dalam kehidupan harian anda?
Kerana,
hanya jika anda menjawab ya kepada perkara di atas, barulah anda akan terjejas.
Jika tidak, apa yang membimbangkan anda? Gaji anda masih dalam Ringgit Malaysia
dan anda tidak membeli barang keperluan dengan dolar Amerika.
Pastinya,
tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia memberi sedikit kesan kepada
beberapa segmen terutama import dan jika merancang untuk melakukan perjalanan
ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa destinasi lain.
Dari
aspek penarafan antarabangsa oleh beberapa agensi penarafan, kita wajar menarik
nafas lega kerana Fitch, Moody dan S&P kesemuanya memberikan penarafan
"Stabil" kepada Malaysia.
Hakikat
sebenar, tiada seorangpun ahli ekonomi di luar sana yang mengatakan bahawa
ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang mereka tahayul ini.
Faktor
apakah agaknya orang bandingkan nilai2 matawang negara lain berbanding
dolar...selain ringgit berbanding dolar...
Ramai
tak perasan...sejak 2011 banyak nilai2 matawang dunia yang jatuh berbanding
Dolar...
RM-USD
dinilaikan RM4.03 pada hari ini, average nilai adalah RM2.90 sepanjang tahun
1972 - 2015, nilai terendah sepanjang tempoh adalah RM4.71 pada Januari 1998
dan tertinggi adalah RM2.10 pada Oktober 1978..
rujukan:
http://www.tradingeconomics.com/malaysia/currency
1998
sapa menteri kewangan masa tu ye????
No comments :
Post a Comment