SEGAMAT:
Kembara Mahkota Johor (KMJ) hari ini menyaksikan gandingan Sultan Johor, Sultan
Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi menunggang motosikal berkuasa besar.
Perjalanan
sejauh 80.9 kilometer ke Kampung Sri Gajah, Chaah, Segamat dari Padang Awam
Lenga, Muar itu, mengambil masa kira-kira sejam.
Terdahulu,
Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan Jabatan Perdana Menteri masing-masing
sebanyak sejuta ringgit kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor dan Tabung
KMJ kepada Sultan Ibrahim.
Turut
berangkat ke Padang Awam Lenga ialah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah
Almarhum Sultan Idris Shah bersama-sama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan
Ibrahim dan isterinya Che' Puan Khaleeda Bustamam serta putera-putera baginda.
Hadir
sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga anggota Parlimen Pagoh.
No comments :
Post a Comment