Apa yang berlaku semalam 9 Mei 2017 seorang Pegawai Kanan Pusat Zakat PulauPinang antara 11 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan dana zakat sejak 3 tahun lalu.
Difahamkan, empat daripada mereka ialah pegawai
dan kakitangan agensi itu manakala tujuh yang lain merupakan kontraktor yang
mempunyai kepentingan dalam kerja-kerja berkaitan agensi berkenaan.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah PUZ di mana seorang pegawai badan Zakat Pulau Pinang ditahan SPRM untuk siasatan. Amat memalukan.
Pengurus Besar berusia 50 tahun itu didakwa menerima barangan berharga, wang tunai dan ce daripada beberaa kontraktor dan pembekal ZPP sebagai dorongan kerana memberi projekatau kerja berkaitan den gan program pembangunan membabitkan keperluan asnaf, anak yatim dan gologan memerlukan.
elain menjadi CEO dalam agensi ZPP, Dato Hj Azman bin Abdul Samad juga berada di bahagian pentadbiran Kolej Isla Antarabangsa Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai KITAB. (sila baca )
KITAB mempunyai hubungan terus dengan ZPP yang menyediakan biasiswa untuk pelajar-pelajar yang berkelayakan.
Manakala PUZ adalah di bawah pengawasan Majlis Agama Islam
Pulau Pinang di mana Salleh Man, ADUN tunggal PAS (mungkin juga berubah menjadi
ahli PAN sekarang) adalah yang Di Pertuanya. Manakala EXCO yang
bertanggungjawab ke atas PUZ adalah Abdul Malik Kassim dari PKR.
Salleh Man (Adun PAS / PAN Permatang Pasir), YDP
MAIPP adalah juga Pengerusi Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang. Salleh Man
sebagai Pengerusi Zakat Pulau Pinang beliau seharusnya bertanggungjawab
terhadap penyelewengan yang berlaku semasa Zakat Pulau Pinang berada di bawah seliaan
beliau.
Begitu juga Malek Kasim (PKR Batu Maung), Exco Hal
Ehwal Agama Islam perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam Zakat
Pulau Pinang. Mereka adalah sebahagian daripada Kerajaan CAT DAP Pulau Pinang.
Mereka perlu bertanggungjawab.
Fahmi Zainol, Pengarah Komunikasi PKR dalam laman
sosial Twitter beliau menuduh CEO Zakat Pulau Pinang yang ditahan SPRM adalah
ahli UMNO.
Setelah 9 tahun Pakatan Rakyat / Harapan perintah
Pulau Pinang, adakah mungkin seorang ahli UMNO dibenarkan memegang jawatan
utama sebuah agensi kerajaan negeri Pulau Pinang?
No comments :
Post a Comment