Baru lagi. Masih fresh fitnah yang mana Rafizi membuat tuduhan terbaru dalam Youtube
Invoke menuduh Perdana Menteri dengan tuduhan yang "recyle" dan sudah
pun dijawab oleh Peguam Negara, PAC dan kehadiran sendiri Raja Salman ke
Malaysia.
Ditekankan
seperti ada duit yang "dicuri" masuk ke dalam akaun peribadi Perdana
Menteri. Ironinya, Rafizi berani pergi jumpa Raja Salman dan tanya sendiri
benarkah ada duitnya yang dicuri?
Difahamkan
sengaja Rafizi bangkit isu "recycle" ini untuk menutup cerita dirinya
menerima duit berjuta juta dari taikun Singapore.
8
April 2017, Malaysia Today dedahkan Rafizi terima wang berjuta juta jutawan
Datuk John Soh Chee Wen yang kini sedang berhadapan dengan 168 tuduhan di
Mahkamah Singapura.
Seperti
DAP yang dikatakan oleh Dr Zuhdi PAS menerima wang RM1.2 billion dari Israel,
Rafizi juga enggan menjawab pertuduhan yang dibuat itu. Mengambil pendekatan
"buat bodoh" seperti DAP,
Ini
adalah 10 pembohongan yang diceritakan Rafizi. Kita semua "copy
paste" dan sebar dalam Facebook dan Twitter. Tweet @RafiziRamli.
1)
12 Januari 2013, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu Menteri
Pertahanan telah mengemukakan saman malu ke atas Rafizi kerana menerbitkan
artikel fitnah dalam blognya.
2)
6 Ogos 2014, Rafizi kata PAS tolak Anwar sebagai PM dan mahu Ku Li sebagai PM
dalam "Forum : Krisis Selangor :Pakatan Berpecah?" di Dewan
Perhimpunan Cina-Kuala Lumpur. 6 September 2014, Hadi Awang menjawab balik
bahawa tuduhan Rafizi itu adalah cerita fitnah.
3)
12 Julai 2014, laporan polis dibuat oleh AJK PKR Kapar iaitu Wan Adnan yang
mendakwa Rafizi telah menyalahgunakan nama DYMM Sultan Selangor dalam isu
menukar Menteri Besar Selangor.
4)
6 Ogos 2014, Tan Sri Khalid Ibrahim menang saman fitnah terhadap Saifuddin
Nasuiton, Rafizi Ramli dan PKR kerana memfitnahnya melakukan salah laku
sepanjang menjadi MB Selangor.
5)
22 Nov 2014, Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah memfailkan saman malu
terhadap Rafizi. Kemudian Rafizi balas 'hanya melakukan gurauan' setelah
memfitnah subsidi minyak masuk ke dalam akaun PM dan isteri untuk membeli
cincin baru.
6)
26 Januari 2016 lalu, Rafizi didenda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen kerana
menuduh UMNO terlibat dalam serangan terhadap gereja menggunakan Molotov dalam
satu artikel yang diterbitkan di The Edge Financial Daily pada 2014.
7)
7 Mac 2012, Rafizi membuat kenyataan berunsur fitnah pada sidang media di
Pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City, yang mana ia telah
disiarkan di portal Malaysiakini. 31 Oktober 2016, Rafizi diarah bayar denda
RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana memfitnah syarikat NFC.
8)
1 November 2016, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda RM1,950 kepada
Rafizi Ramli setelah mengaku bersalah menganjurkan himpunan haram
"Blackout 505"
9)
14 Nov 2016, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jatuhkan hukuman penjara 18 bulan
terhadap Rafizi setelah didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua
Audit Negara berkaitan 1MDB. Rafizi didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA
1972.
Rafizi
juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran itu di lobi parlimen
pada 28 Mac 2016 dan ia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama.
10)
11 April 2017, Rafizi diminta bertaubat oleh Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
kerana memfitnah PAS terima dana 1MDB.
Perkara
6,7,8 dan 9 adalah keputusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman ke atas
Rafizi kerana memfitnah. Kini menjadi sangat pelik jika masih ada yang percaya
dengan dia. Melainkan mereka yang percaya adalah mereka daripada golongan yang
gemar mendengar fitnah berbanding cerita benar sahaja.
Halooo!!! Berapa lama na bermeditasi..
No comments :
Post a Comment