Laporan berita salah guna kuasa Lim Guan Eng Ketua
Menteri Pulau Pinang mengenai kelulusan CCC tanpa kelulusan dan pemeriksaan
bomba mendapat perhatian netizen dan telah sampai ke pengetahuan pemilik
syarikat Only World Group Dato’ Sri Richard Koh dan isterinya Dato’ Jean Koh.
Dilaporkan Dato’ Jean dan Richard Koh telah
melarikan diri dari Pulau Pinang hari ini dan akan berada di Kuala Lumpur atau
di luar negara bimbang berlaku sebarang kemungkinan siasatan dari Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh menjejaskan nama baik Lim Guan
Eng.
Difahamkan
Dato’ Sri Richard Koh dan Dato’ Jean Koh telah memperolehi Sijil
Perakuan Siap (CCC) fasa 3 bertarikh 5 Mei lalu (Back date) yang jelas
membuktikan kerja-kerja naiktaraf
bangunan tidak mempunyai CCC sejak 18 disember 2016 ketika ia dilancarkan dan
beroperasi secara haram telah mengutip jutaan ringgit.
Kakitangan OWG juga dilarang untuk menyebar dan
berkongsi apa-apa sahaja isu yang dipaparkan dalam blog atau portal bagi
mengelak nama buruk syarikat disebar meluas. Media massa juga tidak akan
dilayan berhubung kes ini.
LGE dan CCC
Kandungan mesej dari aplikasi whatapps yang
dedahkan salahlaku rasuah LGE dan Richard
Sementara itu sumber lain menyatakan semua laporan
dan dokumen penyelewengan dan salahguna kuasa berhubung status Sijil Perakuan
Siap dan Pematuhan (CCC) telah diserahkan kepada SPRM untuk disiasat hari ini.
Turut diserahkan semua dokumen dari PDC, MBPP, Lembaga Arkitek, Jabatan bomba
dan lain-lain.
Bagaimanapun pelapor tidak mahu namanya didedahkan
kepada umum.
“Kami yakin semua dokumen yang diserahkan kepada
SPRM ini jelas dan terdapat bukti berlaku salah guna kuasa dan juga rasuah
sehingga beberapa bahagian yang diubah suai di The Top Komtar tanpa sijil
perakuan siap terus dibuka kepada orang awam. Kami yakin siasatan SPRM lebih
menyeluruh”. tambah sumber itu.
2 Mei lalu blog ini melaporkan projek fasa 3
Komtar yang menjadi pusat kunjungan orang ramai belum mendapat sijil perakuan
siap yang mendapat perhatian netizen. Polemik ini berterusan hingga hari ini.
OWG adalah syarikat yang mengubah suai Komtar
dengan pelaburan RM200 juta dan diuruskan secara konsesi selama 60 tahun. Dato’ Sri Richard
Koh pengasasnya merupakan sahabat baik Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang.
No comments :
Post a Comment