Tambang
yang menarik itu adalah untuk penerbangan domestik Malaysia ke Singapura,
Australia, India, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Taiwan, Hong Kong,
China,
Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal. - Gambar fail
KUALA
LUMPUR: Malindo Air menawarkan promosi dua juta tempat duduk bagi kelas ekonomi
dan perniagaan semasa Jualan Mega Pertengahan Tahun dengan perjalanan mulai 1
Julai 2017 hingga 31 Mac 2018.
Tambang
promosi daripada RM69 hingga RM1,999 itu boleh didapati mulai sekarang hingga
21 Mei 2017 dan sah untuk semua tempahan dalam talian, di semua kaunter pejabat
jualan tiket Malindo Air dan agensi pelancongan, kata syarikat penerbangan itu
dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya,
tambang yang menarik itu adalah untuk penerbangan domestik Malaysia ke
Singapura, Australia, India, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Taiwan,
Hong Kong, China, Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal.
"Kami
juga telah melancarkan jualan global serentak untuk penerbangan dari Singapura,
Australia, India, Indonesia, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, Sri Lanka dan Pakistan
ke Kuala Lumpur untuk kelas ekonomi dan perniagaan," kata Ketua Pegawai
Eksekutif, Chandran Rama Muthy.
Untuk
tempahan dan pertanyaan, pelanggan oleh layari malindoair.com, e-mel Pusat
Khidmat Pelanggan di customer_care@malindoair.com atau hubungi +603-7841 5388
mulai jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari.
No comments :
Post a Comment