Taiping Mali ; Pihak berkuasa perlu menyiasat Naib Presiden PKR,
Rafizi Ramli selepas dia diakui oleh pemimpin di dalam PKR sendiri bahawa
menerima jutaan ringgit dana daripada orang awam tetapi ia seperti
disalahgunakan.
Saranan itu diberikan oleh Presiden Pertubuhan
Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao selepas Ketua Biro Hal Ehwal Guaman
PKR, Latheefa Koya mempersoalkan dana jutaan ringgit yang diterima oleh Rafizi
tetapi digunakan dengan cara yang salah.
Beliau mempersoalkan reka bentuk tiga logo yang
disenaraipendek oleh Pakatan Harapan (PH) untuk dipilih tetapi ketiga-tiganya
tidak mencerminkan identiti pembangkang malahan ia hanyalah seperti rekaan
grafik murahan dan buruk.
"Latheefa Koya mengesahkan Rafizi Ramli
terima jutaan ringgit dari awam, mohon kerajaan dan pihak berkuasa siasat
INVOKE dengan segera," kata Ramesh dalam akaun Twitternya, semalam.
INVOKE merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO)
yang ditubuhkan oleh Rafizi kononnya untuk menjalankan penyelidikan untuk
mencari modal membuat tuduhan palsu ke atas Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ramesh menyifatkan
Latheefa sudah mula muak dengan permainan politik di dalam PKR dan beliau
mendedahkan apa yang dilakukan oleh Rafizi terutamanya dalam soal mendapatkan
dana politik dari sumber awam.
"Dia sendiri mengaku bahawa YB Pandan ada
ambil wang berjuta dari sumber awam, kita mahu tahulah sumber ini dari mana?
Berapa banyak dan ke mana ia digunakan? Jika wang awam adakah duit dari
Kerajaan Negeri Selangor atau wang derma dari rakyat.
"Mungkin Latheefa sudah tidak tahan dengan
perangai Rafizi membuatkan dia memperkatakan sebegitu dan tidak menyedari
bahawa dia sendiri sudah membuka pekung PKR," katanya dalam kenyataan
berkenaan.
Latheefa dalam kenyataan menyifatkan rekaan logo
berkenaan begitu teruk jika ia mahu digunakan untuk sebuah parti politik dan
untuk diletakkan di atas keras undi.
"Kamu sudah kumpul berjuta dana dari orang
awam tapi kamu tergamak tampil dengan rekaan logo yang sebegini teruk.
"Meletakkan logo seperti ini untuk diundi
oleh orang ramai, ia adalah memalukan," kata Latheefa.
Dek kerana kenyataan itu, kini Latheefa dan Rafizi
kini sedang bertelagah sesama sendiri sampai ke dalam group aplikasi sosial
sesama mereka.
"Rakyat kena lihat, kalau pasal hendak pilih
logo pun sudah gaduh seperti ini, bagaimana mereka mahu pilih calon jadi
Perdana Menteri.
"Pembangkang bila tak ada kuasa mahukan
kuasa, bila sudah ada kuasa mereka akan bertelagah sesama sendiri untuk berebut
jawatan pula," kata Ramesh.
No comments :
Post a Comment