Benarlah kata orang Pulau Pinang Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang diktator DAP yang ‘double standard’. Kalau perkara
itu urusan DAP dan milik mereka semua boleh dilakukan. Orang lain semua salah.
Masih ingat lagi pada 25 Jun 2015 Tindakan Majlis
Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan struktur logo UMNO di Menara UMNO
Negeri di Jalan Macalister dikatakan mengikut undang-undang.
Ketika itu Ahli Majlis MBPP dari DAP Ong Ah Teong,
berkata pembinaan struktur logo itu adalah haram kerana ia dibina tanpa
mendapat sebarang permit daripada pihak berkuasa tempatan. Kata MBPP mereka
hanya membuat kerja mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Tetapi lain pula bula bangunan The Top @KOMTAR
boleh beroperasi secara haram tanpa Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan ( CCC).
Amat jelas pemaju Only World Group dimiliki oleh Dato’ Sri Richard Koh
melangggar Undang-undang PBT.
Semakan di laman web Jabatan Kerajaan Tempatan (
JKT) KPKT menjelaskan SISTEM PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (Certificate of
Completion and Compliance – CCC) terletak di bawah orang yang mengemukakan
pelan bangunan seperti yang diperuntukan di bawah seksyen 71 Akta 133.
Rujukan;
Di bawah sistem baru ini, PBT masih mempunyai
peranan dan tanggungjawab dalam proses pengeluaran CCC seperti mana
diperuntukkan di bawah subseksyen baru 70 (23) dan (24) Akta 133. Di bawah
subseksyen baru 70 (23) Akta 133, PBT diberi kuasa bagi mengeluarkan notis
bertulis kepada Principal Submitting Person (PSP) dan SP supaya memperbetulkan
ketidakpatuhan yang berlaku selain diberi kuasa mengeluarkan arahan bertulis
kepada PSP untuk menahan pengeluaran CCC sehingga ketidakpatuhan diperbetulkan.
Manakala di bawah subseksyen baru 70 (24) Akta 133, PBT boleh menyebabkan
apa-apa kerja dilaksanakan atau apa-apa langkah diambil bagi tujuan
memperbetulkan ketidakpatuhan berlaku.
Selain itu, PBT mempunyai kuasa di bawah seksyen
85A Akta 133 bagi mengarahkan pemeriksaan bangunan secara berkala dijalankan
oleh pemunya sesuatu bangunan selepas 10 tahun dari tarikh pengeluaran CCC bagi
bangunan tersebut.
Isunya sejak The Top@ Komtar yang diubahsuai
dirasmikan 18 Disember 2016 lalu iaitu kira-kira 4 bulan yang lalu The
Top@Komtar dikatakan tidak mempunyai CCC lagi, terutama di aras 5 kawasan orang
awam yang berkunjung seperti Taman Tema, Pawagam Dome 7 Dimensi dll berkaitan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat juga tidak meluluskan
dari aspek keselamatan kebakaran kerana dilihat tidak menepati piawaian
keselamatan bangunan. Ini mengundang bahaya kepada pengunjung The Top @Komtar.
Mengapa kalau pemaju Only World Group yang melabur
RM200 juta dibenarkan beroperasi secara haram tanpa CCC. Tapi pihak lain tiada
permit pun Majlis Bandaraya Pulau Pinang benarkan. Tidakkah ini double
standard?
Tidakkah ini jelas PBT tidak memantau pengeluaran CCC terhadap pemaju
OWG?. Kemungkinan wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah di MBPP dan PDC. Mereka pejam mata padahal tahu Only World Group melakukan kesalahan selama 4 bulan.
Sumber memaklumkan terdapat elemen rasuah antara
pemaju, PDC dan PBT. SPRM perlu menyiasat perkara ini.
Jangan kata semua tanah di Pulau Pinang DAP
gadaikan atau dijual, malah bangunan KOMTAR yang sebiji itu pun digadaikan selama 60
tahun.
Agak mengejutkan dan melucukan apabila membaca
kisah The Top yang menjadi mercu tanda baru di puncak bangunan Komtar Pulau
Pinang.
Melihat kepada komen daripada laman web
pelancungan terkenal “Trip Advisor” pula menyatakan lawatan ke sana tidak
berbaloi dan kos nya sangat mahal.
Manakala blog Captain M pula menulis bahawa The
Top dibuat oleh saudagar yang mesra alam dengan ketua menteri .
The
Top@Komtar 18 Disember 2016 dilancarkan sejak 18 Disember 2016. Sejak itu
beberapa bahagian projek pengubahsuaian The Top@Komtar belum mendapat Sijil
Perakuan Siap & Pematuhan (CCC). OWG sangat kebal. Apa saja yang Dato' Sri
Richard Koh pengasas OWG minta DILULUSKAN Lim Guan Eng. Termasuk mengutip hasil
tanpa CCC.
THE
TOP@KOMTAR Tiada Sijil Perakuan Siap & Pematuhan ( Certificate of
Completion and Compliance- CCC) selama 4 bulan sejak dirasmikan
No comments :
Post a Comment