DAP telah berazam untuk membawa kes DUA KERAKYATAN
ADUN Pujut yang dilucutkan kelayakan, Dr. Ting Tiong Choon ke mahkamah. Dengan
kata lain, mereka mahu memaksa negara ini melupakan undang-undang sendiri demi
kepentingan DAP.
Atau dalam bahasa yang lebih mudah, mereka mahu
Malaysia menerima apa-apa sahaja yang dilakukan oleh DAP walaupun mengimport
subversif ke dalam negara sama ada menerusi propaganda kekerasan mahupun
menerusi propaganda psikologi.
DAP telah melakukannya dengan cara yang paling
halus selepas kegagalan projek ganas pada tahun 1969. Penentangan secara terus
ke atas Perlembagaan Malaysia khususnya Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara 153
Perlembagaan Malaysia, selain pemanipulasian Perkara 8 dan Perkara 11
Perlembagaan Malaysia, akan hanya memusnahkan DAP sendiri.
Justeru DAP memilih kaedah yang paling halus, yang
paling mudah lolos tanpa disedari.
Sokongan DAP kepada Chin Peng dengan membawanya
balik, kononnya Chin Peng adalah kelahiran Malaysia dan ada jasa baktinya
kepada negara ini, sekalipun Chin Peng tidak pernah mendaftar sebagai rakyat
Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia, sebaliknya bercita-cita
besar untuk menjadi 'Mao' Tanah Melayu menerusi kempen Empayar Besar Nanyang
Komunis Seberang Laut, merupakan salah satu daripada usaha mencabar dan
merendah-rendahkan kewibawaan pihak berkuasa negara ini.
Begitu jugalah dengan Lim Lian Geok, pengasas Jiao
Zhong yang merupakan salah satu komponen dalam Dong Zhong, yang dilucutkan
status kewarganegaraannya pada tahun 1964 kerana kempen kebencian
vernakularnyanya terhadap Melayu dan Bahasa Melayu.
DAP beria-ia mahukan kerakyatan Lim Lian Geok
dikembalikan dengan alasan, Lim Lian Geok adalah seorang yang banyak berjasa
kepada negara ini. Jasa yang dimaksudkan oleh DAP ialah, PENDIDIKAN VERNAKULAR
memandangkan Lim Lian Geok adalah seorang guru yang sangat pekat dengan
kiblatnya kepada Negara China!
Sedar bahawa perjuangan SUPREMACY CHAUVINIST tidak
akan terhasil melalui apa yang mereka telah mereka lakukan, DAP menukar taktik.
Taktik terkini yang mereka lakukan ialah dengan memecah belahkan kelompok
majoriti iaitu Melayu-Bumiputera.
Hasilnya, kelompok Melayu-Bumiputera yang disokong
oleh DAP akan mengangguk dan mengiakan apa-apa sahaja yang dikatakan oleh DAP
termasuklah campurtangan DAP dalam hal-ehwal umat Islam seperti Akta Mahkamah
Syariah (Akta 355).
Dua hari sudah, ADUN Pujut dari DAP Dr. Ting Tiong
Choon telah dilucutkan kelayakannya oleh DUN Sarawak ekoran dia memiliki dua
kerakyatan iaitu Malaysia dan Australia.
Undang-undang Malaysia secara tegas telah
menyatakan, mana-mana rakyat Malaysia yang memiliki kerakyatan asing, maka
secara automatik kerakyatan Malaysianya akan gugur (Perkara 24 Perlembagaan
Persekutuan). Hak tersebut adalah HAK EKSKLUSIF KERAJAAN PERSEKUTUAN.
Bagaimanapun, dalam kenyataan membela perlanggaran
undang-undang itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen cuba menuduh pihak
lain, sama seperti Dr. Ting Tiong Choon iaitu memiliki kerakyatan berganda.
Salah seorang yang menjadi mangsa tuduhan Chong
Chien Jen adalah, ADUN Batu Kawah Prof. Dr. Sim Kui Hian. Chong Chien Jen
mempersoalkan status kewarganegaraan Presiden SUPP itu walaupun sebenarnya, Sim
tidak mpernah memohon kerakyatan Australia dan merupakan pengundi seperti Tiong
Choon.
Situasi Dr. Sim tidak seperti Dr. Ting kerana
selepas habis belajar dan tamat latihan berkaitan kardiologi, dia terus balik
ke Sarawak dan bekerja di hospital kerajaan iaitu Pusat Jantung Sarawak. Dia
kemudiannya meletakkan jawatan untuk melibatkan diri dalam politik sepenuh
masa. Dr. Sim juga tidak pernah memohon taraf PR (penduduk tetap) apatah lagi
kewarganegaraan Australia semasa di negara itu.
Begitu juga dengan seorang lagi 'mangsa' tuduhan
Chong Chien Jen iaitu Wong Soon Koh yang merupakan pihak pertama mempersoalkan
status kerakyatan Dr. Ting sehingga akhirnya dilucutkan kelayakannya selaku
ADUN. Wong yang juga merupakan Presiden UPP, juga tidak pernah memohon status
penduduk tetap atau kerakyatan mana-mana negara sing.
Dr. Ting dalam cubaannya untuk membela diri
berkata, dia telah dibawa balik ke Malaysia oleh TalentCorp. Bagaimanapun, satu
lagi pembohongan DAP dikesan di situ memandangkan TalentCorp tidak boleh
membawa balik mana-mana 'bekas' rakyat Malaysia yang telah memiliki kerakyatan
negara lain.
Melihat kepada situasi yang sedang berlaku, SPR
tidak boleh disalahkan kerana terlepas pandang status kerakyatan Dr. Ting
memandangkan DAP kelihatan bersungguh-sungguh mengimport calon-calon hantu yang
mereka rasakan boleh memenangkan mereka. Apatah lagi DAP juga kerapkali
terkenal dengan pemanipulasian undang-undang menerusi barisan peguam yang juga
merupakan pemimpin-pemimpin DAP.
Tindakan dan ikrar DAP untuk membawa kes
perlucutan jawatan ADUN Dr. Ting sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah
cubaan untuk mengekalkan dua kerakyatan warganegara Australia itu sekaligus
mencabar Perlembagaan Malaysia, khususnya Perkara 24.
Dr. Ting bukannya kes terpinggir. Bagaimana pula
dengan bekas pemegang-pemegang status Penduduk Tetap (PR) negara lain yang kini
telah menjadi Ahli Parlimen atau ADUN seperti Tony Pua, Elizabeth Wong, Hannah
Yeo dan sebagainya?
Sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin DAP,
sebenarnya membuka ruang yang lebih untuk berasa curiga, SIAPA SEBENARNYA PARA
PEMIMPIN DAP yang MALU MENJADI RAKYAT MALAYSIA, MENENTANG SEGALA-GALANYA
TENTANG MALAYSIA, MEMBURUK-BURUKKAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA dan sebagainya.
1 comment :
Apa tindakan kementerian.. Kan dah ada peruntukan yg menyatakan kerakyatan Seseorang itu terlucut jika memiliki kerakyatan asing. Tegas la sikit dalam menangani kes2 sebegini. Ia masaalah negara tidak kira samaada seseorang itu dari parti pemerintah atauppun pembangkang..Kedaulatan undang2 tidak mengenal warna kulit.
Post a Comment