TAIPING
- Satu lagi mercu tanda yang dijangka mampu menarik lebih ramai pengunjung ke
Burmese Pool Taiping siap dibina, awal Mei lalu.
Aktivis
masyarakat, Azwan Lokman, 40, berkata, pelaksanaan mercu tanda tersebut
mendapat kebenaran daripada pihak yang bertanggungjawab.
Menurutnya,
projek itu bagi membantu usaha mempromosikan pelbagai aktiviti pelancongan dan
rekreasi.
"Ia
juga dijangka mampu membantu peniaga untuk memperkenalkan perniagaan yang ada
di sekitar kawasan Burmese Pool kepada pengunjung," katanya, di sini
baru-baru ini.
Tambah
Azwan, sejak ia siap dibina, perubahan positif dapat dilihat terutama
peningkatan pengunjung.
"Ketika
ini, ramai yang datang dan bergambar di mercu tanda Burmese Pool,"
katanya.
Katanya,
pihaknya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan atau
mana-mana badan bagi menyejahterakan bandar Taiping serta warganya.
"Kami
berharap semua pihak dapat menghargai usaha ini dan bersama menjaganya termasuk
kebersihan persekitaran Burmese Pool," katanya.
Sumber
: Sinar Online
No comments :
Post a Comment