Pengerusi
PPBM, Tun Mahathir Mohamad terus membuat tuduhan mendakwa syarikat pembuat
kereta Proton dikatakan sudah dijual kepada China dan bukan milik Malaysia lagi
dalam tulisan terbaru di blognya.
Kononnya,
Mahathir menangis kerana hilang anak. Proton tidak hilang, ianya masih ada.
Semasa anak besinya hilang betul betul iaitu Perwaja, mengapa Mahathir tidak
menangis? Apakah Mahathir mahu nasib perniagaan Proton senasib dengan Perwaja?
Pembelian
saham adalah urusan perniagaan, ianya tidak terbabit pun dengan soal kedaulatan
negara. Tuduhan Mahathir itu adalah karut, kerana syarikat yang memiliki Proton
DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) hanya menjual 49.9 peratus kepentingan mereka di
dalam syarikat itu.
DRB-Hicom
masih memegang pegangan majoriti iaitu 51.1 peratus dan ianya secara
majoritinya akan tetap menjadi syarikat milik Malaysia.
Mahathir
tuduh kata kerajaan jual aset negara termasuklah Proton ini kepada negara asing
katanya untuk menyelesaikan hutang. Takkan Mahathir tidak tahu sengsara apa
yang Proton tanggung dari segi pusingan modal dan kewangan untuk menampung
operasi.
Pembelian
saham oleh Geely ini adalah perkongsian strategik untuk membawa masa depan yang
lebih baik untuk syarikat Proton dan pekerjanya.
Pada
2 Ogos 2010, syarikat Geely membeli
pegangan dalam syarikat Sweden, Volvo dengan harga USD$1.3 billion dari
Ford Motor.
Selepas
itu jualan kereta Volvo naik 27% berbanding tahun sebelumnya. Kilang Volvo
masih lagi di Sweden dan Belgium.
Pihak
pembangkang di Sweden tidak pula membangkitkan soal penjualan pegangan Volvo ke
syarikat Geely sebagai menjual kedaulatan negara Sweden.
Geely
juga telah membeli The London Taxi Company di United Kingdom dengan harga
£11.04 pada 2012. Ada pihak pembangkang di United Kingdom dakwa pembelian Geely
ini seolah menjual kedaulatan negara? Tidak.
Hanya
pihak pembangkang yang bernama Pakatan Harapan di Malaysia sahaja menuduh
kerajaan mengadain kedaulatan negara bila Geely membeli saham Proton.
Rakyat
sudah tahu pada tahun 1985 hingga 2000, Proton mengeluarkan kenderaan
kebanyakan berdasarkan rekabentuk dan serta alat ganti termasuk enjin dari
Mitsubishi dari Jepun.
Proton
mengadakan kerjasama dengan Mitsubishi Motors antara tahun 1983 dan 1984 untuk
pengeluaran kereta Malaysia yang pertama.
Kereta
yang Mahathir pandu di Jambatan Pulau Pinang.
Ia
bukanlah keseluruhannya hasil kerja Proton. Ianya kerjasama strategik antara
syarikat Jepun dengan syarikat Malaysia, Proton.
Apakah
pada masa itu kedaulatan Malaysia tergadai kepada Jepun?
Proton
kini tarafnya adalah sebuah syarikat korporat di bawah kawalan jutawan
tempatan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Keputusan
yang dibuat adalah keputusan perniagaan kerana Syed Mokhtar tidak mahu lagi
menanggung kerugian.
Mengapa
Mahathir enggan menyelar keputusan Kerajaan Pulau Pinang yang meluluskan
Enakmen Pinjaman Kerajaan Negeri (Bank dan Sumber Kewangan Lain) 2017 untuk membolehkan kerajaan Lim
Guan Eng meminjam wang tanpa had dari China?
Pinjaman
tanpa had itu dikatakan kononnya untuk membiayai projek prasarana baru di pulau
berkenaan dan pojek lain.
Wang
akan dipinjam iaitu berhutang dengan Bank Eksport-Import China (Exim Bank Of
China) untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP).
Mengapa
Mahathir tidak kata DAP hendak jual Penang pada China? Takut pada DAP? 1MDB
dulu berhutang untuk perniagaan bukan main lagi Mahathir bising. Kini, Guan Eng
pinjam duit tanpa had, kenapa Mahathir diam?
Mahathir
patut menangis kerana sudah 25 kampung Melayu di Penang sudah hilang kerana
dikerjakan DAP. Tanah di Penang sudah habis dilelong DAP pada kroninya. Malah
duit zakat untuk orang Islam pun sudah diseleweng kroni kroni Guan Eng.
Kenapa
Mahathir tidak menangis? Proton tidak ke mana mana. Masih ada. Ianya hanya
kerjasama strategik.
Syarikat
Proton tidak akan rugi kerana menjual sebahagian pegangannya kepada syarikat
yang mempunyai potensi dari China, sebaliknya akan lebih berjaya dalam industri
pembuatan kereta.
Lebih
elok Mahathir tuduh, kutuk dan kritik Guan Eng yang jelas-jelas menindas
rakyatnya. Guan Eng terlibat dengan rasuah tetapi enggan melepaskan jawatan.
No comments :
Post a Comment