Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, May 16, 2017

SPRM tahan tiga lagi pegawai zakat P.Pinang


Kes rasuah: Reman pegawai tinggi Zakat Pulau Pinang dilanjutkan

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan tiga lagi pegawai Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang zakat negeri ini.

Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Abd Aziz Aban berkata tiga pegawai lelaki itu yang berusia di antara 33 dan 49 tahun, ditahan kira-kira 4.30 petang tadi di pejabat ZPP.

Selain itu, SPRM memanggil tiga pegawai ZPP serta seorang ahli perniagaan dan seorang kontraktor untuk diambil keterangan mereka, katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, SPRM Pulau Pinang menahan 12 suspek termasuk pegawai kanan dan tiga pegawai ZPP serta lapan kontraktor berusia di antara 41 dan 52 tahun.

Dua pegawai ZPP telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 setiap seorang manakala lapan kontraktor turut dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang.

Bagaimanapun, tempoh reman bagi pegawai kanan ZPP dan seorang lagi pegawai badan itu disambung empat hari lagi bermula hari ini.

Pengarah SPRM Pulau Pinang Abdul Aziz Aban minggu lalu berkata siasatan awal menunjukkan semua individu terbabit didakwa menyalahgunakan dana bernilai jutaan ringgit dengan menganjurkan program sebelum keuntungannya diagihkan.

Katanya, SPRM percaya CEO terbabit menerima barangan berharga, wang, cek daripada kontraktor dan pembekal sebagai balasan kerana memberikan projek tertentu kepada mereka.

Aziz dilaporkan berkata suruhanjaya itu akan memburu lebih ramai individu, terutama kontraktor yang menerima projek daripada ZPP, bagi membantu siasatan.

Beliau berkata SPRM juga mungkin akan bertemu dengan pengurusan ZPP dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

ZPP ialah agensi di bawah MAIPP yang mengendalikan duit zakat umat Islam.

-- BERNAMA

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.