Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, May 14, 2017

Guan Eng Bukan Sahaja Bacul Untuk Dibicarakan Kes Rasuah, Tapi Ada Hati Kata PAS Tidak Bermaruah




Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, selain merupakan suspek kes rasuah dan salahguna kuasa yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, 3 orang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS seharusnya melepaskan jawatan mereka, sekiranya mereka bermaruah.

Kata Lim Guan Eng lagi, ketiga-tiga Exco tersebut perlu membuktikan bahawa mereka bukanlah oportunis. Lebih menarik lagi ialah, suspek rasuah dan salahguna kuasa yang cuba mengelak daripada dibicarakan dengan pemanipulasian undang-undang ini cuba pula mengaitkan UMNO untuk menyandarkan hujahnya itu.

Lim Guan Eng merujuk kepada kenyataan seorang pemimpin UMNO Selangor yang mengatakan PAS tidak bermaruah sekiranya terus membenarkan ketiga-tiga Exco tersebut bergayut pada jawatan mereka.

"Sekiranya ini pun tidak boleh faham. Itu menunjukkan pemimpin Pas yang lain sudah keliru dan sesat dan kalau UMNO pun cakap mereka tidak bermaruah dan oportunis.

"Pas mesti tunjuk bahawa UMNO tidak bercakap benar, bahawa Pas bermaruah dan letak jawatan kalau tidak apa yang UMNO cakap tu (benar), PAS oportunis dan tidak bermaruah langsung," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemberian iInsentif Teksi dan Bas sekolah bilangan 2 tahun 2017 di Seberang Jaya semalam. (RUJUK SINI)

Ironinya, Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan kes rasuah dan salahguna kuasa serta penyelewengan, lancang lidahnya mengata PAS tidak bermaruah. Dia sendiri bukan sahaja enggan melepaskan jawatan atau bercuti sementara kesnya dibicarakan, sebaliknya berusaha dengan apa cara sekalipun untuk tidak dibicarakan dengan pelbagai alasan. Antara alasan yang digunakan sekarang ini dan diperjuangkan oleh para peguamnya ialah untuk mengiktirafkan Akta SPRM sebagai tidak berperlembagaan.

Ketiga-tiga Exco PAS terbabit menang dalam pilihanraya lalu kerana mereka mewakili PAS, bukannya mewakili Pakatan memandangkan Pakatan tidak wujud, tidak berdaftar dan tidak terlibat dalam PRU lalu sebagai satu entiti. Para pengundi telah memberikan undi kepada ketiga-tiga Exco terbabit dan memenangkan mereka di kawasan masing-masing.

Ketiadaan parti politik dominan di Selangor menyaksikan, perlu wujud sebuah kerajaan campuran yang melibatkan PKR, DAP dan PAS. Apatah lagi, PKR dan DAP pula banyak terhutang budi kepada PAS memandangkan segala kemudahan dan pembekalan logistik serta strategik, semuanya datang daripada PAS.

Berbanding di Pulau Pinang di mana DAP adalah parti dominan, ketiadaan wakil PAS dalam barisan Exco Negeri boleh diterima, keadaan yang sama tidak berlaku di Selangor.

Orang yang tidak bermaruah seperti Lim Guan Eng tidak seharusnya berani-berani melabelkan orang lain sebagai tidak bermaruah!



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.