CTS : Kalau bukan pembohong bukan Rafizi Ramli
namanya. Kami akan sentiasa menghasut Rakyat Malaysia, itulah cogankata Ahli
Parlimen Pandan yang terkenal dengan panggilan sotong di media sosial.
Rafizi Ramli di dalam posting blog beliau
bertarikh 04/05/2017, baca di sini, telah membuat tuduhan berat kepada Tabung
Haji dengan kenyataan seperti berikut:
Sekitar masa yang sama (Disember 2014), Tabung Haji telah membeli 30% pegangan di dalam syarikat induk Putra Perdana Berhad dan menyuntik sejumlah RM193.5 juta ke dalam Putra Perdana Berhad, yang menimbulkan tanda tanya sama ada sebahagian dari wang RM193.5 juta itulah yang dipindahkan ke akaun SRC dan kemudiannya dipindahkan dan ditunaikan oleh Ariffin Ismail Shahul Hameed?
Berdasarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
pada tahun 2013 dan 2017 seperti di bawah, jumlah saham syarikat Putrajaya
Perdana Berhad (kenapa sengaja nama syarikat yang dituduh disalah ejakan oleh
Rafizi Ramli sebagai Putra Perdana Berhad?) tidak berubahdan masih jumlah
sahamnya RM140 juta?
Ini adalah kerana 30% saham yang dibeli oleh
Tabung Haji ke atas syarikat Putrajaya Perdana Berhad adalah dari pihak lain
melalui Bursa Malaysia dan bukan suntikan modal baru ke dalam Putrajaya Perdana
Berhad.
Suntikan modal bermaksud wang Tabung Haji akan
masuk ke Putrajaya Perdana Berhad manakala membeli saham dari pihak lain maksud
wang Tabung Haji akan dibayar kepada pihak penjual saham. Ini bermakna bahawa
wang dari Tabung Haji langsung tidak mungkin digunakan oleh Putrajaya Perdana
Berhad untuk membayar balik SRC.
Persoalan kedua pula, adakah pelaburan Tabung Haji
di dalam Putrajaya Perdana Berhad merugikan? Selepas Tabung Haji melabur di
dalam Putrajaya Perdana Berhad pada tahun 2014, penjualan tahunan dan
keuntungan Putrajaya Perdana Berhad meningkat dari RM62 juta untuk tahun 2013
kepada RM80 juta bagi tahun 2015.
Rafizi Ramli telah jelas kantoi menipu ataupun YB
Sotong ini tidak faham perbezaan di antara suntikan modal dengan transaksi jual
beli saham sedia ada. Rafizi Ramli ini sama ada beliau adalah seorang akauntan
yang bodoh atau seorang tukang putar belit nombor satu negara.
No comments :
Post a Comment