Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, May 16, 2017

DAP Bohong Lagi


Image result for Dr Ting Tiong Choon
Foto dari FMT


Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) berkata bekas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choo bukan seorang pemohon di bawah Program Kepulangan Pakar (REP) kerana beliau tidak layak bagi insentif REP.

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Shareen Shariza Datuk Abdul Ghani berkata Dr Ting memohon bagi REP pada Mei 2014 dan mendapat kelulusan bersyarat pada September 2014 tetapi beliau tidak menyerahkan bukti bahawa beliau telah pulang ke tanah air dan berjaya memperoleh pekerjaan di Malaysia untuk membolehkan beliau menerima Surat Akuan Tarikh Kembali (SATK).

"Selain itu, beliau juga gagal memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa REP," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Shareen berkata semua permohonan REP daripada profesional perubatan terlebih dahulu dikemukakan untuk pertimbangan oleh Jawatankuasa Kerja Bersama-Healthcare Talent (JWC-HT).

Menurut TalentCorp, peranan JWC-HT ialah untuk mengkaji kelayakan akademik dan pengalaman kerja pemohon untuk menentukan kelayakan mereka di bawah REP, ia kemudian menghantar cadangannya kepada Jawatankuasa REP.

"Dalam kes Dr Ting, kelulusan bersyarat menghendaki beliau mengemukakan surat pengambilan untuk bekerja sebagai pegawai perubatan di kawasan luar bandar dan juga surat pendaftaran dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

"Setelah diluluskan, semua pemohon REP mempunyai dua tahun untuk kembali dan mendapat pekerjaan di Malaysia sebelum TalentCorp mengeluarkan SATK untuk dianggap sebagai pemohon REP dan mendapat faedah daripada insentif di bawah program tersebut," kata beliau.

Beliau berkata semasa membuat permohonan, Dr Ting ialah seorang pemegang pasport Malaysia secara sah yang melayakkan beliau untuk memohon REP.

"Di bawah REP, pemegang taraf pemastautin tetap dibenarkan untuk memohon program itu jika mereka dapat membuktikan bahawa mereka masih rakyat Malaysia.

"Selain itu, pemohon perlu memenuhi kreteria ketat berkaitan kelayakan akademik, jumlah pengalaman kerja, tahap pendapatan dan tempoh berada di luar negara. Mereka juga mesti bekerja dalam bidang berkemahiran tinggi yang dikenal pasti dalam Senarai Pekerjaan Kritikal serta bekerja dan tinggal di luar negara pada masa membuat permohonan," katanya.

Jumaat lepas, Dewan Undangan Negeri Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai ADUN DAP bagi Pujut kerana beliau dikatakan mempunyai dua kerakyatan.



BERNAMA

1 comment :

pak alresky said...

ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO

>>>>> KLIK DISINI <<<<<

angka;GHOIB: singapura

angka;GHOIB: hongkong

angka;GHOIB; malaysia

angka;GHOIB; toto magnum

angka”GHOIB; laos…

angka”GHOIB; macau

angka”GHOIB; sidney

angka”GHOIB: vietnam

angka”GHOIB: korea

angka”GHOIB: brunei

angka”GHOIB: china

angka”GHOIB: thailand

ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
0823-3744-3355
saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa




































































































DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.