Ketua Menteri Pulau Pinang main opera Cina lagi. Pada
2015 blogger CTS pernah membuat
posting tangan kiri Joseph Lim Guan Eng berbalut. Umum juga mengetahui, sebelum
kejadian tangan kanan Joseph Lim Guan Eng berbalut, dahi beliau turut ditampal
plaster! Dua hari lepas pula, Joseph Lim Guan Eng dalam sessi temubual dengan
KiniTV menceritakan tangan kanan beliau pula berbalut!
Dalam wawancara berkenaan Joseph Lim Guan Eng
menjelaskan pergelangan tangan kanannya berbalut disebabkan masalah ligamen
antara tulang dan jari kelingkingnya. Namun, yang dibalut pula adalah
keseluruhan tangan kanan tersebut. Joseph Lim Guan Eng buat apa ya sampai terjadi
sedemikian. Beliau bukanlah seorang ahli sukan yang memungkinkan beliau cedera
menggunakan tangan.
Kes skandal rasuah dan salah guna kuasa melibatkan
Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin menghampiri tarikh
perbicaraan. Dua hari lagi, 19/05/2017 ini, Mahkamah Rayuan akan memutuskan
status rayuan Guan Eng yang mencabar Seksyen 62, Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 ditolak atau diterima. Mahkamah Tinggi telah menolak
rayuan Guan Eng itu pada 07/03/2017 yang lepas. Ramai berpendapat bahawa rayuan
Joseph Lim Guan Eng ini juga akan ditolak Mahkamah Rayuan.
Mungkin sudah terasa dan tahu apa keputusan
Mahkamah Rayuan, maka Joseph Guan Eng
cepat-cepat mencari simpati umum dengan memuat naik video rakaman kenyataannya
mengenai keadaan tangan kanannya yang berbalut. Bukankah sebelum ini pemimpin pembangkang
amat suka belakon sebegini apabila mereka berada dalam situasi tersepit?
Tengok bagaimana
Anwar Ibrahim sanggup berbohong seluruh dunia kononnya mengalami
kecederaan tengkuk dan sakit tulang belakang, sedangkan menurut rakaman CCTV
yang tular selepas itu sekitar tahun 2001, Anwar sebenarnya sihat apabila
berada di kawasan-kawasan yang tersembunyi seperti dalam wad penjara.
Begitu juga Presiden PAN, Mohamad Sabu. Dia menipu
kononnya lutut tercedera teruk akibat dirempuh kereta polis pada perhimpunan
BERSIH 2.0 pada 09/07/2011. Keadaan Mat Sabu pada ketika itu seolah-olah sudah
lumpuh seluruh anggota kaki, namun kembali pulih sehingga mampu belari dan
berjoget dalam masa yang singkat selepas itu.
Maka tak hairanlah apabila sekarang ini Joseph
Guan Eng pula membalut tangan kanannya walaupun menurut cerita dia hanya cedera
di hujung jari paling kecil sahaja. Mungkin dia sudah membayangkan bahawa dia
bakal digari, lalu tangan dan jari yang tiada berdosa itu telah menjadi alat
pembohongan.
Komen mpa ~ Ini semuanya AUTA
No comments :
Post a Comment