Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, May 18, 2017

VIDEO Pengarah Filem Yang Juga CEO MIG David Teo Ditampar Di Hadapan PM Najib Razak


PUTRAJAYA – Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri Segmen Penggiat Seni menimbulkan sedikit kekecohan apabila berlaku insiden kekasaran antara artis yang hadir.

Agak biadap apabila pengeluar filem David Teo menjerit-jerit membuat kecuh dan mengunakan gerak tangan dihadapan Perdana Menteri dan Penggiat Seni di Seri Perdana. Beliau dilihat tidak berpuashati dengan mendakwa Datuk Rosyam Nor selaku moderator pada majlis itu hanya memberi peluang kepada hadirin yang berada di hadapan untuk berucap dan bertanyakan soalan



Menurut sumber, berlaku sedikit kekecohan selepas itu apabila pelakon dan pelawak Sulaiman Mohd Yassin atau Mat Over telah meluru ke arah David Teo dan mengasari beliau.


Selepas berlakunya insiden tersebut Datuk Seri Najib memanggil kedua mereka untuk berdamai.

David dan Sulaiman kemudiannya bersalaman di hadapan Najib di penghujung majlis menandakan mereka sudah berdamai.



Sebagai pengajaran, sungguhpun insiden tersebut berakhir dengan baik apabila kedua-dua mereka telah memohon maaf kepada Perdana Menteri, namun peradaban perlu dijaga apaila kita dijemput ke rumah orang. Kesabaran amatlah diperlukan dalam menunggu peluang untuk bercakap dan bertanyakan soalan dalam kapasiti khalayak yang ramai.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.