Kehilangan
secara misteri USD$10 billion( RM44 billion nilai sekarang) pada 1994 itu telah
dianggap sebagai kehilangan terbesar dalam mana mana bank di dunia pada waktu
itu.
Pelbagai
andaian boleh dibuat terhadap kerugian besar itu dalam manipulasi mata wang.
Ini
bermakna ada sesuatu yang misteri telah disembunyikan. Kekal misteri apakah
ianya satu kerugian atau satu kecurian? Perkara itu tidak pernah disiasat pun
oleh mana mana badan bebas seperti PAC, atau mana mana suruhanjaya bebas pada
waktu itu sehinggalah Kabinet pada Februari
2017 bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal
berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar
1990-an.
1MDB
yang berhutang (bukan mencuri duit atau rugi) diserang dan ditohmah oleh
Mahathir dan ANC (Kelab Anti Najib) nya.
Pada
isu 1MDB pelbagai andaian dibuat sebelum dan selepas diperiksa oleh PAC.
Selepas
disiasat , ia tetap dilemparkan pelbagai permainan persepsi oleh pihak
pembangkang dan kuncu kuncu Tun Mahathir.
Ini
kerana mereka tiada lain peluru untuk menyerang Dato Seri Najib , maka
seharusnya mereka bergayut bermati matian dengan isu hayat mereka iaitu 1MDB.
Malangnya
mereka gagal kemukakan sebarang bukti selain menambahkan lagi soalan untuk
menghidupkan isu 1MDB.
No comments :
Post a Comment