Inilah Bayangan Masa Depan Negara Pakatan Apabila
Segala-Galanya PERCUMA & DISUBSIDI Negara Kebajikan
1. Venezuela merupakan sebuah negara contoh bagi
kebanyakan pemimpin Pakatan semasa PRU13. Rafizi turut memuji harga petrol
Venezuela yang sangat rendah pada tahun 2014 sehingga mempersoalkan mengapa
Malaysia tidak boleh mencontohi negara tersebut.
2. Tahun lalu KDNK Venezuela merudum sebanyak 19%,
kadar import menurun 50%, kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membuat
pembelian dari negara luar), serta inflasi meningkat berkali ganda secara
mendadak pada kadar 700%.
3. Petrol dijual kurang dari 1p seliter, menelan
subsidi kerajaan berjumlah £12 bilion. Kawalan harga bermaksud bahawa ia tidak
menguntungkan peniaga kecil untuk menjual barangan keperluan, sekaligus
menyebabkan bekalan terputus.
4. Namun perkara yang terburuk dalam kehidupan
seharian rakyat Venezuela adalah keganasan. Kadar pembunuhan di ibu negara
Venezuela, Caracas, adalah 80 kali lebih tinggi daripada London. Kecurian
kereta dan penculikan sudah menjadi perkara biasa.
5. Pada tahun lalu, rakyat Venezuela secara purata
tidak mendapat makanan yang cukup dan telah kehilangan berat badan sebanyak 19
paun. Rakyat terpaksa menyelongkar sampah-sarap. Mereka juga telah mula memecah
masuk ke dalam zoo serta memakan tenggiling gergasi dan burung bangau. 8 dari
10 jenis ubat tidak disediakan. Negara tersebut juga telah kehabisan tisu
tandas sejak 5 tahun yang lalu.
6. Keputusan Najib untuk mengurangkan
kebergantungan pada hasil minyak sejak 2010, menghapuskan subsidi pukal yang
begitu tinggi dan menolak untuk melakukan kawalan harga ke atas setiap barangan
merupakan satu tindakan yang tepat.
7. Kesimpulannya, Tuhan merahmati Malaysia dengan
pemimpin yang berpandangan jauh dan rakyat bijak memilih parti yang bertanggung
jawab sebagai kerajaan. Jika rakyat terpedaya dan memilih pemimpin dan Pakatan yang
membuat janji populis, bayangkan masa depan negara, mungkin sudah menjadi
seperti Venezuela.
No comments :
Post a Comment