Cinakawkaw : PEMIMPIN
MUDA DAP BERFIKIRAN CETEK, WONG KAH WOH TIDAK LAYAK MENGETUAI DAPSY
Ketua
Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Wong Kah Woh menunjukkan taraf minda
pemimpin pelapis DAP sungguh cetek, mudah menggelabah dan kurang membaca.
Nampaknya, Wong Kah Woh sendiri tidak mempelajari sejarah perjuangan Lim Kit
Siang dan DAP dari awal. Maka tidak hairanlah beliau menggelabah dan rimas
dengan kemunculan buku ‘Bahaya DAP kepada Islam dan Melayu Di Malaysia’!. Untuk
mengambil hati Lim Kit Siang, Wong Kah Woh bercakap mempertahan Lim Kit Siang
malangnya, dia memalukan bosnya sendiri dengan cara kebudak-budakkannya.
Ternyata
ulasan Wong Kah Woh mengenai buku hanya berdasarkan hear say sahaja dan tidak
menelaah isi kandungan buku itu. Sebab itulah, Wong Kah Woh tidak mengulas buku
itu, sebaliknya dia hanya memberi komen luaran sahaja. Sekarang rakyat
mempersoal jika begini cara pemimpin pelapis DAP seperti Wong Kah Woh bercakap,
maka apa taraf university dia? Bercakap seperti orang tidak berpendidikan
tinggi!
Kepada
Wong Kah Woh, sila buktikan di mana di dalam buku itu fakta-fakta yang tidak tepat?
Kamu buktikan fakta-fakta kamu dan jika ada kajian kamu mengenai perjuangan DAP
dan Lim Kit Siang sejak tahun 1960an?
Jangan
serang Tan Sri Anuar Musa (TSAM) kerana TSAM tiada kaitan mengenai buku itu.
TSAM hanya mengetuai Biro Penerangan UMNO dan itu hanya satu aktiviti biro sama
sahaja dengan aktiviti parti-parti lain seperti DAP lakukan. Sebagai Ketua
Penerangan UMNO, TSAM hanya VIP yang merasmikan sahaja. Panel penilai bukan
TSAM pun kerana panel yang menilai puluhan artikel, video dan sebagainya
mestilah menghormati karya orang-orang Melayu dan Islam yang menyertai
pertandingan itu. Kenapa perlu takut dengan hasil karya rakyat?
Tahukah
Wong Kah Woh bahawa buku itu dihasilkan oleh sekumpulan anak muda lepasan
universiti dengan menggunakan banyak kaedah kajian antaranya kajian
ethnography. Mereka menggunakan 103 Bahan Rujukan Yang Tediri Daripada
Buku-buku, Keratan Akhbar, Artikel-artikel, Dokumen-dokumen, ceramah, jadual,
gambar dan mereka membuat temuramah. Hormatilah hasil kerja mereka anak muda.
Jika tidak bersetuju keluarkan buku lawan buku tersebut. Bukannya menggelabah
dan kacau bilau. Fakta lawan fakta, bukan sedikit-sedikit menggelabah, buat
report polis lah, macam budak-budak berpolitik! Beginikah taraf pemimpin muda
DAP???
No comments :
Post a Comment