Selepas pendedahan yang dibuat oleh Dr. Kamarul
Zaman Yusoff, seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia membabitkan buku
tulisan Hannah Yeoh, Speaker DUN Selangor yang kemudian menjadi tular, hari ini
telah dilapor polis oleh Hannah Yeoh dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau
Pinang, Zaidi Ahmad yang merupakan bekas pegawai TUDM yang dibuang kerja kerana
melanggar protokol dan peraturan Angkatan Tentera Malaysia.
Hannah Yeoh dalam sidang medianya menafikan
tulisan Kamarul Yusoff yang bertajuk, "Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi
Terbesar DAP' yang mempersoalkan kejujuran Hannah Yeoh di sebalik misi
kristianisasinya yang terkandung di dalam buku tulisan Hannah, BECOMING HANNAH
yang dilancarkan pada tahun 2015 dan boleh dibeli secara atas talian mahupun
kedai-kedai buku utama.
Dr. Kamarul Zaman Yusoff bagaimanapun tidak gentar
dengan laporan-laporan polis yang dibuat sebaliknya mengesahkan tulisan itu
adalah tulisannya dan dia mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisannya itu.
Dia juga sanggup dipanggil oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan
berhubung tulisannya yang mengulas buku Speaker DUN Selangor itu.
Selain berani mengakui kesahihan tulisannya di
Facebook, Dr. Kamarul juga berkata, dia akan mengemukakan bukti-bukti lanjut
yang belum didedahkan tentang agenda Kristianisasi Hannah Yeoh di dalam bidang
politik.
Sementara itu, Hannah Yeoh menyatakan buku
tersebut adalah catatan-catatan peribadinya bukannya wujud agenda tersembunyi
olehnya dan DAP. Katanya lagi, buku itu menceritakan kisah cinta dan
perkahwinannya serta peranan baru sebagai isteri dan ibu.
"Dan kerana itulah buku itu berjudul
'Becoming Hannah' (Menjadi Hannah) dan bukannya 'Becoming DAP (Menjadi DAP'
atau 'Becoming a Christian' (Menjadi Seorang Kristian)," kata Hannah dalam
kenyataan medianya.
Kata Hannah Yeoh lagi, dia tidak faham mengapa DAP
disabitkan dengan buku tulisannya itu seangkan dia hanya mahu lebih ramai
rakyat Malaysia yang taat beragama dapat kembali ke Malaysia dan berbakti
kepada negara sementara masalah aliran
keluar kepandaian atau brain drain ini masih lagi merupakan masalah besar
negara. Bahkan katanya lagi, dengan masa kritikal yang Malaysia benar-benar
memerlukan individu dalam sektor awam yang tidak mementingkan diri dan penuh
integriti, terluah di dalam buku tersebut.
Dr. Kamarul dalam tulisannya mendedahkan tentang
tulisan Hannah Yeoh pada MUKA SURAT 23, MUKA SURAT 89, MUKA SURAT 108, MUKA
SURAT 110.
MUKA SURAT 23
This is why, today, when I am asked to describe
who I am and what I do, I say, “Hannah Yeoh, lives for God.”
Terjemahan: Inilah sebab mengapa, hari ini, bila
saya diminta untuk menerangkan siapa saya dan apa saya buat, saya berkata,
“Hannah Yeoh, hidup untuk Tuhan.”
MUKA SURAT 89
I do not measure my self-worth as a politician by
votes or by how popular I am with constituents. I measure my self-worth by the
fact that I am a child of God.
Terjemahan: Saya tidak mengukur harga diri saya
sebagai seorang ahli politik dengan undi atau dengan populariti saya di
kalangan pengundi. Saya mengukur harga diri saya dengan fakta bahawa saya
adalah seorang anak Tuhan.
MUKA SURAT 108
I also felt that politics took me away from my
true longing, which was to be a preacher. But had I not obeyed God’s call, I
would not have had the opportunity to preach at churches, to world leaders and
to young people, like I am able to do now. God knew the desire of my heart to
preach and serve Him. And He made it happen through my political office.
Terjemahan: Saya juga merasakan bahawa politik
membawa saya jauh dari impian sebenar saya, iaitu untuk menjadi seorang
pendakwah. Tetapi jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan
mempunyai peluang untuk berdakwah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin
dunia dan kepada orang-orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang.
Tuhan tahu hasrat hati saya untuk berdakwah dan berkhidmat kepada-Nya. Dan Dia membuat
ia berlaku melalui jawatan politik saya.
MUKA SURAT 110
It is here that I want to specially address the
OCFers (Overseas Christian Fellowship), wherever you are now, to never forget
the mission of being trained and equipped and returning home to serve... We
want to encourage fellow OCFers to come home. There is much work to be done to
rebuild this beautiful nation. Just like Nehemiah overseeing the reconstruction
of Jerusalem’s walls, everyone has to be at it, working. God wants to reclaim
politics and public service in Malaysia for righteousness’ sake. He is looking
for God-fearing men and women who are willing to roll up their sleeves and
labour in this very demanding field. No experience in politics? Remember, I had
none. No finances? I had none. Not a good time yet? I just got married when I
ran my first campaign. He uses very ordinary vessels to do extraordinary
things. He does this so His Name is glorified.
Terjemahan: Di sini saya ingin bercakap secara
khusus kepada ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut, di mana saja kamu berada
sekarang, untuk tidak lupa misi dilatih dan dilengkap dan pulang untuk
berkhidmat... Kami ingin menggalakkan kawan-kawan Felo Kristian Seberang Laut
untuk pulang. Terdapat banyak kerja perlu dibuat untuk membina semula negara
yang indah ini. Seperti Nehemiah mengawasi pembinaan semula tembok-tembok
Jerusalem, setiap orang perlu terlibat, bekerja. Tuhan mahu menuntut semula
politik dan perkhidmatan awam di Malaysia demi untuk membetulkannya. Dia sedang
mencari lelaki dan wanita bertaqwa yang sanggup menggulung lengan baju mereka
dan bekerja dalam bidang yang sangat mencabar ini. Tiada pengalaman dalam
politik? Ingat, saya tidak ada pengalaman. Tiada wang? Ingat, saya tidak ada
wang. Masa sesuai belum tiba? Saya baru berkahwin bila saya pertama kali
berkempen. Dia menggunakan saluran-saluran sangat biasa untuk membuat
perkara-perkara luar biasa. Dia membuatnya supaya Nama-Nya diagungkan.
Sementara itu, Ketua Eksekutif IKSIM, Dato' Prof
Hj Mahamad Naser bin Disa, menyatakan dia sudah dimaklumkan tentang
perkembangan tuduhan yang dilemparkan oleh Pegawai Penerangan Ketua Menteri
Pulau Pinang, Zaidi Ahmad. Prof Hj Mahamad Naser juga turut memaklumkan bahawa
dia sendiri telah menghubungi Zaidi Ahmad bagi menyatakan fakta berhubung
fitnah yang dibuat oleh Zaidi.
Zaidi Ahmad membuat fitnah kononnya IKSIM
menyalahgunakan wang awam bagi tujuan politik. Ekoran tuduhan itu, Prof. Hj
Mahamad Naser mengeluarkan kenyataan berikut:
"Dia (Zaidi) ada buktikah yang IKSIM menerima
dana awam? Kita bukan seperti dia yang makan gaji daripada wang rakyat Pulau
Pinang. Matlamat dan perjuangan IKSIM adalah untuk mendaulatkan Islam agama
negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Sesiapa sahaja yang
memperjuangkan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan, memang mereka tidak
akan boleh duduk selesa dengan usaha IKSIM. Oleh kerana perjuangan mereka
bercanggah dengan Perlembagaan, maka konco-konco mereka akan bertindak ganas
bagi melakukan KEGANASAN PERSEPSI terhadap IKSIM."
IKSIM juga menurutnya sedang meneliti
langkah-langkah terbaik dari segi tindakan undang-undang bagi membendung
tuduhan berbaur fitnah yang disebarkan oleh Zaidi.
"Jika perlu saman, bukan hanya Zaidi sahaja
akan dinamakan sebagai penerima saman ini."
No comments :
Post a Comment