Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, May 16, 2017

Pengarah KiniTV didakwa siar video jelik!!!

Pengarah KiniTV didakwa siar video jelik
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran
 (gambar), hari ini didakwa di Mahkamah Khas Siber Kuala Lumpur, 
kerana menyiarkan sebuah video jelik di portal KiniTV. - Foto www.exabytes.com.my


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran, hari ini didakwa di Mahkamah Khas Siber Kuala Lumpur, kerana menyiarkan sebuah video jelik di portal KiniTV.


Video itu memaparkan sebuah sidang media yang diadakan oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang bertajuk “Khairuddin: Apandi Ali is not fit to be AG and he should quit immediately" dan “Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan.”


Menurut laporan Malaysiakini, video itu telah dimuatnaikkan dalam portal English dan Bahasa Malaysia KiniTV pada 27 Julai.

Premesh yang juga Pengarah portal berita video KiniTV bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas dua tuduhan dengan sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain menerusi video yang mengkritik Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dalam kapasitinya sebagai pengarah KiniTV Sdn Bhd, sama seperti tuduhan ke atas Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan pada November tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Mohd Sophian Zakaria menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tuduhan, bagaimanapun peguam Fahri Azzat memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000 bagi semua tuduhan tanpa sebarang cagaran dan penjamin.

Hakim Zaman kemudian membenarkan Premesh diikat jamin sebanyak RM2,000 bagi setiap tuduhan dan menetapkan 15 Jun ini bagi sebutan kes.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.