WA Sengat Lu The Star semalam menyiarkan berita bertajuk
'Malaysia Terrorist Leader' di muka hadapannya, manakala sambungan berita seterusnya
di halaman tiga akhbar itu.
Di bawah tajuk berita berkenaan, akhbar itu
menyiarkan gambar umat Islam sedang mengerjakan solat Tarawih. Ia satu cara
menggambarkan dan memberi persepsi buruk Islam dengan keganasan. Ia satu
penghinaan.
Sikap the star bukan baru. Cara biadap berulang,
tajuk yang diputar belitkan dan tidak sensitif terhadap umat Islam sudah biasa
dilakukan oleh Akhbar The Star.
Sekalipun Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil
Ketua Pengarang The Star sebelum ini rasanya sikap akhbar ini akan terus kekal.
Permohonan The Star hanyalah satu gimik "sengaja buat salah kemudian
maaf". 'Damage has been done' KDN wajar mengambil tindakan tegas.
Parti komponen MCA pula pemilik saham terbesar
akhbar itu perlu merombak akhbar miliknya. Sekalipun kita memperjuangkan
kebebasan akhbar tetapi bukan kebebasan seperti ini yang kita mahu. Sudah tiba
masa MCA perlu mencampuri urusan penerbitan akhbar The Star bagi mengelak
perkara tidak diingini.
Sebagaimana Perkhidmatan Awam dalam berjuta
penjawat awam ada kalangan mereka pendokong dan ahli parti pembangkang. Hanya
membezakan mereka ialah tindakan sokongan secara terang-terangan atau belakang
tabir sahaja. Yang dibuang digantung, amaran dan tatatertib saban hari ada.
Jadi bukan menghairankan. Bertindak tegas dan cakap serupa bikin untuk buang!
Sumber dalaman The Star mendedahkan bahawa
kumpulan pengurusannya dan editor adalah dari Fanatik Kristian DAP.
Malah bekas wartawan the star Cheah Sin Chong
dalam tulisan di Facebooknya berkata Datuk Leanne Goh perlu dipecat dari The
Star. https://www.facebook.com/sccheah07/posts/10212390295490079
Jika pengurusan dan editor The Star merupakan
pendokong kuat DAP jadi tak hairan cara mereka menyebarkan maklumat merujuk
kepentingan gerakan DAP. Mereka adalah 'Musang Berbulu Ayam' dalam The Star,
MCA wajar mengambil tindakan tegas memecatnya. Bukan terus menternak mereka
dalam kandang The Star. Jika tidak ia akan merosakkan The Star sendiri.
Dalam DAP, Evangelis DAP yang fanatik kristian
lebih biadap bukan sahaja menghina Islam, budaya malah sanggup menghina bangsa
cina mereka sendiri yang bukan seagama mereka. Boleh dibaca persamaan mereka
dalam blog Captain M. Inilah cara sikap DAP dan agen-agen mereka termasuk di
media akhbar perdana seperti The Star.
https://captainmgs.blogspot.my/…/sebarkan-hannah-yeoh-manif…
Kita harap Presiden MCA bertindak tegas memecat
pengurusan The Star sebelum jadi parah. Jangan biar Musang berbulu ayam
bermaharaja lela.
No comments :
Post a Comment