Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, May 30, 2017

Kisah Bahaya DAP & Lim Kit Siang Dibukukan



SHAH ALAM 26 Mei - Kisah bahaya perjuangan DAP serta Penasihatnya, Lim Kit Siang kepada orang Melayu dan agama Islam dibukukan dalam sebuah makalah setebal 272 muka surat.

Mengandungi 16 bab, buku bertajuk DAP: Bahaya Kepada Melayu-Islam di Malaysia memaparkan sejarah politik Kit Siang dan DAP sejak dari awal pengli­batannya sehingga sekarang.

Lengkap dengan peyelidikan terperinci, karya tersebut dipilih pemenang utama pertandingan esei mengenai Kit Siang yang menyentuh persoalan rasis, anti-Islam dan diktator.


Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebagai ahli politik Kit Siang tidak boleh mengelak daripada dinilai dan rakyat berhak mengenali watak sebenar Penasihat DAP itu.

“Sebagai contoh kisah 13 Mei, apa ucapan Kit Siang tiga hari sebelum tragedi, apa ucapan Kit Siang pada hari tragedi (di Kota Kinabalu) dan apa tindak-tanduk Kit Siang seminggu selepas tragedi.

“Rakyat kini boleh menilai ke­rana dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya ada dua pilihan, kerajaan diketuai UMNO atau pembangkang diketuai DAP,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang penulisan esei mengenai Kit Siang di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Se­langor, Tan Sri Noh Omar dan Ketua Penerangan UMNO Sela­ngor, Datuk Zein Isma Ismail.

Dalam sidang akhbarnya selepas itu, Annuar berkata, jentera penerangan UMNO akan menjelajah ke seluruh negara bagi me­nerangkan bahaya Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Dakwanya, dengan pendekatan Malaysian Malaysia, banyak dasar bersifat keadilan sosial yang ketika ini dinikmati rakyat pelbagai kaum akan terhapus jika pakatan itu memenangi PRU-14.

“Parti-parti junior dalam pakatan ini hanyalah ‘buah sembah’ seperti dalam silat, pukulan maut tidak dimiliki PKR, PAN atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), itu milik DAP.

“Kita semua sedar parti-parti junior ini tidak akan mampu menandingi kekuatan DAP, baik dari segi bilangan kerusi mahupun pe­ngaruh sebab pencatur utama dalam pakatan itu adalah DAP,” katanya. - UM

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.