Walaupun orang Melayu dan Bumiputera telah wujud
di negara ini ketika negara ini masih lagi dalam bentuk sebuah 'negara besar'
Kepulauan Melayu, bahkan merekalah yang paling banyak berjuang menentang
penjajahan dari zaman Raja Chola, Raja Suran, Sukhotai, Ayutthia, Burma,
Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, tetapi ia tidak pernah dijadikan sebagai
penghalang untuk kaum imigran bermastautin dan sama-sama berkongsi rezeki di
bumi bertuah ini. Baca seterusnya kupasan The Saviour
Ini adalah sebahagian daripada komen-komen yang
dibuat di laman sosial berkaitan kejadian pergaduhan yang berlaku selepas
sembahyang Jumaat, tengah hari tadi di Masjid di Taman Austin Perdana, Johor
Bharu. Ahli politik usah bercakap mengenai perpaduan sekiranya komen-komen di
atas diambil kira, lapor CTS
Kejadian itu dikatakan berpunca apabila pemandu
berbangsa Cina berkenaan membunyikan hon tanpa henti sehingga mengganggu para
jemaah, dari bermula sembahyang Jumaat hingga selesai sembahyang.
Tindakan pemandu Toyota Camry itu membunyikan hon
dipercayai gara-gara keretanya tidak dapat melalui kawasan tersebut ekoran
dihalang beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan sekitar masjid itu.
Usai sembahyang Jumaat selesai, ahli jemaah
menyerbu kereta berkenaan kerana tidak menjaga sensitiviti agama. Pemandu
berbangsa Cina itu cuba untuk melarikan diri hingga hampir melanggar sekumpulan
jemaah itu. Sebelum itu, para jemaah sudah cuba menegur perbuatan tidak
bertanggungjawab lelaki itu secara baik, namun tidak diendahkan.
Keadaan makin kecoh apabila para jemaah berang dan
bertindak menyerang kereta pemandu Toyota Camry itu hingga pecah cermin
belakang. Malah tidak cukup dengan itu, pemandu berbangsa Cina berkenaan yang
memakai baju berwarna merah turut dibelasah teruk menggunakan kon apabila dia
keluar daripada kenderaannya.
Di bawah adalah video-video yang viral di media
sosial:
Mungkin pemandu kereta Camry berbangsa Cina itu
tidak faham papan tanda di bawah:
Di bawah adalah Kenyataan Media daripada Polis Di
Raja Malaysia:
No comments :
Post a Comment