Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, May 14, 2017

Pengkhianat Sebenar: Manusia Yang Tidak Pernah Berpuas Hati Serta Sakit Hati Dengan Kemajuan Negara




Apabila 60% daripada projek Bandar Malaysia telah dijual kepada sebuah konsortium Malaysia-China untuk RM7.41 bilion, mereka menuduh kita “menjual Malaysia”.

Apabila perjanjian itu dibatalkan, mereka mengadu bahawa perjanjian itu telah dibatalkan dan membuat berbagai tuduhan serta andaian mengatakan kerajaan tidak cekap.

Apabila wujud potensi perjanjian baru telah diumumkan di mana 50% daripada projek Bandar Malaysia akan menjadi projek hiburan dan taman tema yang akan dilabur oleh kumpulan Wanda China dengan kos AS $ 10 bilion (RM43.4b) meningkatkan nilai kepada Malaysia beberapa kali ganda berbanding perjanjian sebwlum ini yang telah dibatalkan, sekali lagi mereka menuduh Kerajaan mahu “menjual Malaysia”.

Kumpulan Wanda merupakan pengendali taman tema utama. Tahun lepas 2016, ia telah membuka taman tema Nanchang Wanda City dengan kos AS$ 3.5 bilion (RM16.2 bilion) dan dalam perancangan untuk membina 14 lagi di seluruh China.

Pada tahun yang sama, Shanghai Disneyland dibuka dengan kos AS$ 5.5 bilion. Ia dijangka menjadi rangsangan kepada pelancongan untuk China.

Projek Shanghai Disneyland adalah 43% dimiliki oleh Disney dan 57% dimiliki oleh kumpulan Shanghai Shendi, yang merupakan konsortium syarikat-syarikat milik kerajaan China.

Tiada siapa yang pernah menuduh China “menjual China” kepada Amerika.

Tetapi apabila rancangan diumumkan bahawa sehingga 50% daripada Bandar Malaysia akan dibangunkan sebagai sebuah taman tema dan kompleks hiburan oleh sekumpulan China yang akan meningkatkan dwngan ketara pelancongan bagi Malaysia, kumpulan yang sama sekali lagi menuduh kita “menjual Malaysia “.

Sesetengah orang tidak dapat menerima perkara yang baik berlaku yang akan memberi manfaat kepada Malaysia di masa hadapan.

Mereka merasa sakit hati apabila Malaysia berkembang maju.
Fikirkan lah siapa yang sebenarnya pengkhianat terhadap Malaysia.

***********

Wanda Group Sedia Terlibat Pembangunan Bandar Malaysia

Image result for wanda group china 


BEIJING – Dalian Wanda Group menyatakan minatnya untuk terlibat dalam pembangunan Bandar Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, minat itu menunjukkan keyakinan Wanda Group terhadap ekonomi dan hala tuju negara.

Perdana Menteri percaya terdapat peluang untuk membangunkan sesuatu yang ikonik mampu membanggakan rakyat Malaysia dan rantau ini.

Najib bagaimanapun berkata, setakat ini tiada perjanjian telah dimeterai.
*********
Rujukan :
“Malaysia woos China’s Wanda to rescue Bandar Malaysia project -sources”

http://www.cnbc.com/2017/05/09/reuters-america-update-1-malaysia-woos-chinas-wanda-to-rescue-bandar-malaysia-project-sources.html

“Wanda Group, Malaysia to discuss Bandar Malaysia”




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.