AIDCNews – Pelancaran buku “Becoming Hannah” oleh
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Subang Jaya pada 10 Januari 2015
mengesahkan kebenaran laporan polis yang pernah dibuat oleh bekas aktivis DAP
Mohamed Razali Abdul Rahman enam tahun lalu.
Dua hari lepas, seorang ahli akademik kanan
Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff membuat laporan polis
berkenaan bahayanya buku “Becoming Hannah” yang ditulis oleh Speaker DUN
Selangor yang juga ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh yang dikatakan mempunyai
motif untuk ‘memujuk, mempengaruhi, atau menghasut pihak lain yang bukan
beragama Kristian’.
LAPORAN
POLIS SAYA TERHADAP HANNAH YEOH
Pada
17 Mei 2017, jam 600 pagi, saya berada di rumah, membaca buku tulisan Hannah
Yeoh bertajuk “Becoming Hannah”. Buku ini dicetak oleh Vinlin Press Sdn Bhd
yang beralamat di 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park,
Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor. Ia diterbitkan oleh Strategic
Information and Research Development Centre yang beralamat di No 2, Jalan Bukit
11/2, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Saya
membeli buku ini kerana ia berada di rak terbuka sebuah gedung buku dan kerana
saya tahu penulisnya ialah seorang ahli politik yang menjawat jawatan Ahli
Dewan Undangan Negeri Subang Jaya dan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri
Selangor. Pada hemat saya, disebabkan penulisnya seorang ahli politik, tentulah
kandungan buku ini akan banyak menyentuh pembabitan penulisnya dalam bidang
politik, iaitu bidang kajian saya.
Bagaimanapun,
saya terkejut bila mendapati buku ini mengandungi terlalu banyak kisah dan
petikan dari Bible, Kitab yang menjadi pegangan penganut agama Kristian. Saya
berpendapat bahawa buku ini merupakan satu cubaan untuk memujuk, mempengaruhi,
atau menghasut seorang lain yang bukan beragama Kristian, termasuk yang
beragama Islam, supaya menjadi penganut atau anggota agama Kristian atau supaya
cenderong kepada agama Kristian.
Apa
yang ditonjolkan di dalam buku ini adalah penganut agama Kristian adalah insan
yang beruntung dan Tuhan agama Kristian adalah Tuhan yang kasih, baik dan adil.
Diceritakan betapa Hannah Yeoh sering menerima “prophecy” (pengetahuan mengenai
masa depan) tepat dari Tuhan beliau, termasuk bahawa suatu hari nanti beliau
akan bekerja bersama negarawan dan pemerintah (“I would someday work among
statesmen and rulers”, muka surat 109).
Diceritakan
juga betapa Tuhan Hannah Yeoh sering mendatangkan keajaiban dengan memberi
bantuan di dalam bentuk yang tidak disangka-sangka tatkala beliau sangat
memerlukan. Ini antara lainnya terjadi di dalam kempen pilihan raya (muka surat
50-51), di dalam memenuhi hasrat hati beliau (“the desires of my heart”) dan di
dalam memenuhi hasrat material beliau (“the material desires I had”),
termasuklah dari segi kewangan (muka surat 108-109).
Kesemua
cerita ini boleh mendorong pembacanya, termasuk saya, merasa kagum dengan
kehebatan Tuhan Hannah Yeoh. Sedangkan pada masa lain beliau selitkan pula
catatan mengenai ajaran Kristian yang bertentangan dengan ajaran Islam,
termasuklah bahawa manusia adalah anak Tuhan (“His beloved Child” dan “Child of
God”, muka surat 22 dan 89) dan Isa/Jesus adalah anak Tuhan dan Tuhan (“the Son
of God” dan “God”, muka surat 102).
Hannah
Yeoh memang bermaksud supaya buku beliau turut dibaca oleh orang bukan
Kristian. Ini tergambar di dalam tulisan beliau berbunyi “Jika kamu bukan
seorang Kristian dan sedang membaca buku ini” (“If you are not a Christian and
are reading this book”, muka surat 14). Ini selari dengan pendedahan mengenai
misi beliau sebagai duta Tuhan dan untuk mencari pengikut (“as “ambassador of
God” and to make disciples of others”, muka surat 7).
Hakikat
bahawa Hannah Yeoh memang memaksudkan buku beliau turut dibaca oleh orang bukan
Kristian juga terbukti kerana buku ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja,
termasuklah yang beragama Islam. Ini diakui sendiri oleh Hannah Yeoh di dalam
kenyataan media beliau pada 15 Mei 2017 bahawa buku ini “boleh dibeli secara
atas talian di http://www.gerakbudaya.com atau mana-mana gedung buku utama
seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan Times”.
Oleh
itu, Hannah Yeoh mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a)
Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988
(Enakmen No 1/1988) yang menyebut “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia
memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya
menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong
kepada agama itu”.
Selain
itu, Hannah Yeoh juga mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen
298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau
mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan
permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau (b) memudaratkan, atau cuba
memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau
perpaduan, di atas alasan agama.
Ini
kerana terdapat bukti bahawa tulisan dalam buku Hannah Yeoh ini mendatangkan
keresahan di kalangan umat Islam di negara ini. Apatah lagi bila Hannah Yeoh
sendiri mendedahkan betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau (“my
political office”) untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin
dunia dan kepada orang-orang muda (“to preach at churches, to world leaders and
to young people”, muka surat 108).
Begitu
juga seruan Hannah Yeoh agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana
Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia (“God
wants to reclaim politics and public service in Malaysia”, muka surat 110),
ditambah tindakan beliau mengaitkan diri dengan cita-cita untuk membawa
kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam (“aims to bring
Christian faith and service to the public sphere”).
Di
dalam satu wawancara yang dimuatnaik oleh laman web Islamic Renaissance Front
pada 7 September 2012, seorang pengkaji Evangelical Christianity di Malaysia,
Dr Chris Chong, bersetuju bahawa DAP mempunyai pengikut besar di kalangan
Kristian evangelical, dan Hannah Yeoh disebutkan sebagai satu contoh baik
mengenainya, di mana kawasan pilihan raya beliau didakwa mempunyai bilangan
gereja per kapita paling banyak di Malaysia.
Saya
sendiri pernah mendengar luahan kawan-kawan beragama Islam yang sangat tidak
berpuas hati dengan tindakan Hannah Yeoh ini kerana ia dikatakan bertentangan
dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa agama Islam
adalah agama Persekutuan selain bertentangan dengan Perkara XLVIII(1)
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyebut bahawa
agama Islam adalah agama Negeri.
Oleh
itu, saya minta pihak polis membuat siasatan ke atas beliau di bawah Enakmen
dan Kanun ini dan/atau di bawah mana-mana peruntukan undang-undang lain yang
berkaitan.
Sekianlah
laporan saya.
Pada 13 Mei 2011, bekas aktivis DAP, MohamedRazali Abdul Rahman telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani, Pulau
Pinang berkenaan majlis kesyukuran meraikan ‘kemenangan’ secara tertutup untuk
paderi-paderi di Hotel Red Rock, Jalan Macalister.
“Saya datang untuk ceritakan keadaan sebenar apa
yang berlaku di sana (majlis berkenaan) sebab saya sendiri pun hadir pada
majlis tersebut. Saya buat laporan ini sebab terlampau kecewa dengan
laporan-laporan (dalam media) sebelum ini yang dibuat beberapa pihak yang
mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
“Jadi saya pun buat laporan dan saya serah kepada
polis untuk buat siasatan lanjut tentang isu ini,” katanya ketika ditemui di
luar Balai Polis Jalan Patani selepas membuat laporan itu.
Mohamed Razali yang ditemani isteri tiba di balai
tersebut pukul 9 pagi dan keluar kira-kira tiga jam kemudian.
Mohamed Razali Abdul Rahman
Laporan polis Mohamed Razali itu telah mengesahkan
laporan muka depan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian agama rasmi ?” yang
mendedahkan Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi menjadi penganjur majlis
pertemuan paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan
Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan di negara ini.
Pada 3 Julai 2012, Mohamed Razali ketika
berceramah di Putrajaya mendedahkan secara terperinci berkenaan majlis
tersebut.
Mohamed Razali mendedahkan majlis anjuran Jeff Ooi
yang diadakan pada 5 Mei 2011 di Hotel Red Rock Pulau Pinang bertujuan untuk
meraikan kemenangan 12 ADUN DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011.
Menurutnya, dalam PRN Sarawak 2011, beliau yang
ditempatkan di sebuah gereja terlibat secara langsung membantu calon DAP
khususnya di N46 DUN Dudong, Sibu Sarawak.
DAP
bertanding 15 kerusi di Sarawak. Kami menang 12 (kerusi). Kali pertama DAP
menang kerusi yang terlalu banyak, paling kuat yang biasa kami menang pun 6
(kerusi). Inilah kali pertama (menang).
Saya
ni tugas saya di Sarawak adalah menghasut…menghasut orang-orang Iban supaya
membenci kerajaan Barisan Nasional. Menghasut orang-orang Melayu supaya
membenci kerajaan. Saya buat benda-benda ni Tuan-tuan dan Puan-puan.
Apa
yang saya diajar oleh pihak Yahudi tiga tahun, saya jadikan Sibu ini sebagai
pusat uji kaji saya, eksperimen. Tiga tahun saya di bawah naungan mereka ni.
Saya buat dan saya berjaya. Saya berjaya menghasut mereka semua ni supaya
membenci kerajaan Barisan Nasional. Saya buat semua benda ni sampai kami
menang.
N46
tu, (DUN) Dudong, ikut sejarah DAP, tak pernah menang sekali pun. Itu merupakan
kubu kuat kepada SUPP tapi saya berjaya dengan majoriti 346 undi. DAP menang
kerusi tu. Kerusi tu memang tidak diberi harapan langsung oleh DAP.
Tapi
saya ambil cabaran, I can do it. Saya dengan rakan saya ambil sebagai cabaran.
Kami fokus khusus untuk kerusi itu.
Kami
dibekalkan sehari Tuan-tuan dan Puan-puan, RM5,000 oleh DAP. Setiap hari pukul
8 pagi, saya akan pergi ke pejabat ambil duit RM5,000. Duit itu saya kena guna
habiskan sebelum pukul 10 malam. Saya kena habiskan setiap hari RM5,000.
Nak
habis duit bukannya susah, senang je. Very easy. Kebanyakan saya laburlah di
rumah-rumah panjang dan juga kawasan-kawasan orang Melayu.
Kita
pun guna politik wang juga. Siapa kata DAP tak guna politik wang. Kita guna
lagi banyak. Kekuatan atau kewangan DAP sekarang ini terlalu kukuh.
Saya
berani jamin, saya berani kata, DAP merupakan satu parti yang paling kaya di
Malaysia ni. Paling kaya. UMNO pun tak kaya macam DAP ni.
Kekuatan
ekonomi yang mereka ada sekarang selepas 2008 berbeza. Cukup berbeza.
Jadi,
selepas saya menang di Sibu ni, kami kembalilah ke Pulau Pinang. Lepas
seminggu, YB Jeff, Ahli Parlimen Jelutong telah membuat satu mesyuarat.
Saya
Setiausaha Bahagian pada masa tu. Dia buat satu mesyuarat, ingin membuat satu
jamuan makan malam meraikan kemenangan DAP di Sarawak.
Jadi,
kita buat satu keputusan, ingin menjemput 12 calon yang menang di sana datang
ke Pulau Pinang untuk merayakan bersama-sama kami. Satu jamuan makan malam.
Jadi,
kita tetapkan pada 5 Mei 2011 di Hotel Red Rock. Semua dah siap, kita dah atur
semua dah. Selepas mesyuarat tu, saya terbang ke Indonesia balik, urusan kerja.
Kami
di Ivory Property ada satu projek di Indonesia. Setiap dua minggu saya kena
pergi ke Indonesia. Sebab saya ni pegawai untuk projek tu lah. Saya akan
ulang-aliklah. Setiap dua minggu saya akan pergi ke Indonesia.
So,
saya berada di Indonesia hampir seminggu, kebetulan pada minggu tersebut. Jadi,
saya serahklan semua tugas-tugas saya ni dekat Penolong Setiausaha saya, saya
serah kat dia.
Lepas
itu, saya balik ke Malaysia ni 4 Mei 2011. Malam tu, esok tu dah 5 (Mei) 2011.
Saya pun tak tanya kat dia perancangan, sebab saya tahu dia can do everything.
5
Mei 2011 saya hadir. Saya hadir dalam pukul 8 lebih, saya hadir. Sepatutnya
yang kena ada dalam majlis tu Tuan-tuan dan Puan-puan, 40 orang saja, ahli
parti bahagian Jelutong dengan ADUN yang menang 12 orang.
Tetapi
yang ada pada malam tu Tuan-tuan dan Puan-puan, hampir seratus orang berada
dalam dewan tu. Ada setengah paderi yang saya biasa jumpa di Miri, Bintulu, di
Kuching, di Sarikei dan juga di Sibu. Banyak paderi yang saya kenal. Begitu
juga paderi daripada Seri Aman.
Saya
rasa hairan. Majlis makan DAP, pasal apa paderi ni hadir? Ada pula
setengah-setengah wakil luar negara yang saya tak pernah kenal langsung. Saya
tanya kat rakan saya, pasal apa semua paderi ni hadir. Sedangkan ini cuma makan
malam DAP saja? Dia kata, dia pun tak tahu. YB (Jeff) yang jemput.
Saya
rasa malam tu tak puas hati lah. Saya Setiausaha Bahagian, kenapa benda ni tak
dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu. Saya tanya kat dia balik, siapa
orang-orang putih ni? Dia kata, mereka merupakan Ketua Paderi daripada beberapa
negara asing.
Rasa
satu sangsi kat saya ni. Majlis makan malam DAP, pasal apa Ketua Paderi luar
negara dan dalam negara hadir. Inilah penganjur majlis dia, Ahli Parlimen Jelutong.
Majlis
pun bermulalah dengan ucapan Ahli Parlimen Jelutong ni. Sebelum ni Tuan-tuan
dan Puan-puan, ucapan dia sama. Saya boleh terima dia kutuk Islam, menghina
Islam, saya boleh terima, tak ada masalah bagi saya, no problem. Tapi pada
malam tu, dia kata benda yang sama juga, saya tak boleh nak terima langsung.
Dia
mempertikaikan, dia kata agama Islam merupakan satu agama pengganas, terorist
religion. Dia mempertikaikan kenapa al Kitab tidak dibenarkan masuk ke
Semenanjung Malaysia. Macam-macam dia mempertikaikan.
Benda
yang sama dia kata dulu masa kempen di Sarawak, bagi saya okay. Tapi malam tu
saya rasa macam marah, geram. Saya duduk di meja yang keempat, pasal tak puas
hati tapi saya diam.
Saya
mendiamkan diri. Datang pula seorang paderi daripada Seri Aman. Nama beliau
paderi Jackson daripada Seri Aman, Ketua Paderi Seri Aman.
Ucapan
dia Tuan-tuan dan Puan-puan, dia kata, hanya Nabi Isa saja dalam dunia ini yang
boleh membawa masuk syurga bukan Nabi Muhammad, dia kata. Nabi Muhammad dia
kata, tidak layak dipanggil Nabi.
Sebab
itulah pihak Kristian telah berusaha untuk mengkristiankan seramai banyak yang
boleh untuk mereka juga bersama-sama kami untuk masuk ke syurga. Masuk ke
syurga dia kata.
Dia
kata, Nabi Isa merupakan anak Tuhan. Cuma dia seorang sahaja boleh memberi
jaminan semua orang dalam dunia ni masuk syurga.
Lepas
itu datang pula Ketua Paderi daripada Afrika Selatan. Ucapan beliau, dia kata,
mereka telah membuat satu frame time.
Dalam
jangka masa sepuluh tahun, mereka akan pastikan agama rasmi Malaysia adalah
agama Kristian. Dan pada masa itulah YB Jeff telah bangun dan beri satu
kenyataan.
Dia
kata apa, pihak DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak Kristian untuk
menjayakan misi ini. Kita akan berganding bahu dengan pihak Kristian untuk
pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian.
Paderi
yang saya maksudkan itu inilah yang duduk di tengah-tengah berbaju orange,
beliaulah Ketua Paderi daripada Afrika Selatan (tunjuk gambar).
Lepas
tu, paderi tu kata, kita akan menghantar banyak mubaligh-mubaligh Kristian
datang ke Semenanjung Malaysia. Dia kata, projek mereka di Sabah dan Sarawak
telah berjaya.
Lepas
ini mereka akan fokus di Semenanjung Malaysia. Tentang dana, no problem. Kita
akan salurkan melalui parti DAP dan juga NGO-NGO Kristian.
Dan
selepas itulah, tiga puluh lima (35) paderi dipanggil, dia panggil satu-satu
nama datang ke depan buat satu bulatan. Inilah cara mereka ingin berikrar, bersumpah
dan berdoa, tiga dalam satu.
Saya
merakam segala-galanya apa yang berlaku pada malam itu. Saya merakam. Rasa tak
puas hati. Nak keluar tak boleh, pintu tutup dah. Saya merakam segala-galanya.
Dia
panggil satu tu nama datang ke depan buat, mereka ingin berdoa. Mulanya doa
mereka okay, keamananlah, kesejahteraanlah, it’s ok bagi saya, you doa macam
biasa.
Tetapi
ini kenyataan terakhir yang dikeluarkan oleh paderi itu, “we must sure
Christian became official religion in Malaysia and we must make sure the next
Prime Minister is a Christian”.
(Tayangan
gambar) Gambar ini Tuan-tuan lebih jelas, siapa yang terlibat, tengoklah
kedudukan Ahli Parlimen Jelutong. Semasa beliau memberi kenyataan akhbar,
beliau kata, semasa kejadian ini beliau sedang makan dan bermain ipad.
Tapi
Tuan-tuan boleh lihat di manakah kedudukan pemimpin-pemimpin DAP pada masa itu.
Saya
dok rakam Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya terkejut, saya rasa macam saya ni
terjaga daripada mimpi, saya rasa macam saya kena satu penampar. Terjaga,
takkan disebabkan politik, sebabkan saya ni nak jadi calon PRU ke 13,
disebabkan duit, takkan aku nak jual agama kot?
Timbul
satu kesedaran pada masa itu. sebelum itu memang saya tak sedar langsunglah.
Tak sedar, everthing block. Everthing saya block, saya tak boleh terima.
Tapi
pada malam itu, timbul satu kesedaran, rasa tak puas hati, nak keluar tak boleh
pintu tutup. Saya tunggu sampai pukul 10.35 malam pintu dibuka, saya keluar
terus pergi ke tempat letak kereta saya. Masuk dalam kereta, saya duduk diam.
Saya duduk hampir setengah jam dalam kereta, saya duduk sorang-sorang.
Saya
memikirkan kejadian yang baru berlaku dengan kezaliman yang saya buat selama
ini semasa saya berada dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang. Takkan disebabkan
nak jadi calon, dibayar gaji tinggi, aku nak jual agama?
Itulah
kali pertama dalam hidup saya Tuan-tuan dan Puan-puan, saya menangis untuk
agama Islam. Kali pertama, sebelum ni tak ada, jahil. Kali pertama saya
menangis, menyesal. Hampir setengah jam saya dok sorang.
No comments :
Post a Comment