8 Kegagalan
Pentadbiran Kerajaan Pakatan Haram Selangor...
SEJAK
mengambil alih Selangor pada Mac 2008, kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat
(PKR) tidak pernah serius dalam menunaikan janji-janji dalam manifestonya.
Apabila
Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang pertama sekali tampil
mempersoalkan janji-janji yang dimungkiri kerajaan negeri serta memulakan
tindakan saman, keprihatinan NGO itu disambut remeh pula oleh Menteri Besar,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Malah, Abdul
Khalid mencabar pula sesiapa sahaja termasuk GPRS menyaman kerajaan negerinya.
Lebih teruk lagi, boleh dijawabnya: "Manifesto itu bukan janji."
Membangkitkan
isu ini, Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan mengingatkan Abdul Khalid
supaya jangan bertindak seolah-olah mahu berperang dengan NGO dan rakyat
Selangor yang mempersoalkan kejujurannya.
"Jangan
cuba kelirukan rakyat Selangor. Jangan asyik berpolitik sepanjang masa. Saya
percaya pelbagai kumpulan rakyat sudah buka mata dengan melihat tembelang
kerajaan PKR memerintah Selangor.
"Mereka
ini kumpulan silence majority yang memberontak dan tak meluahkannya kepada
media. Tetapi mereka inilah yang akan beri satu pengajaran berguna kepada
kerajaan negeri yang berjanji kosong ini pada pilihan raya umum nanti,"
kata Sohaimi kepada Utusan Malaysia Jumaat lalu.
Sohaimi, 44,
menggariskan isu-isu berikut yang menyaksikan kegagalan pentadbiran kerajaan
PKR atau pakatan pembangkang Selangor dari 2008 hingga hari ini.
1. ISU PASIR
- Kerajaan
PKR Selangor gagal menunaikan janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai
RM150 juta tahun 2009.
* Janji
sasaran kutipan RM150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan Bajet
2009 Menteri Besar.
* Namun
ketika bentang Bajet 2010 pada November 2009, Abdul Khalid menyatakan sehingga
21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperoleh hanya
RM4,678,021.84.
* Ini hanya
3 peratus sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan
bumi.
2. ISU
HUTANG TALAM
- Kerajaan
Selangor tidak beretika kerana 'membeli' hutang daripada syarikat korporat
Talam Corporation menggunakan wang kerajaan/duit rakyat.
* Dewan
Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM392 juta untuk
membeli hutang Talam Corp.
* Secara
prinsipnya adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakan duit
kerajaan/'duit rakyat' untuk membeli mengambil alih hutang sebuah syarikat
swasta.
* Strategi
pengambialihan hutang ini menggunakan kaedah round-tripping iaitu
"syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain dan pada
masa sama setuju untuk membeli kembali aset yang sama atau yang bersamaan
nilainya pada harga yang sama"
* Memetik
kata-kata mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim yang mengkritik
pembelian mekanisme round-tripping ini sebagai: "Ini adalah muslihat lama
yang digunakan oleh penyangak penyangak di dalam sektor korporat".
3. YAYASAN
BASMI KEMISKINAN (YBK)
- Kerajaan
negeri berdendam, berniat jahat, zalim dan menindas organisasi Yayasan Basmi
Kemiskinan (YBK) yang berjuang membasmi kemiskinan di Selangor
* Abdul
Khalid menggugut untuk tidak meluluskan Pembangunan Kampus Cawangan UiTM di
Serendah jika permintaan melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi dan memberi
tiga kerusi Lembaga Pemegang Amanah tidak dipenuhi.
* Akibat
penolakan itu, Menteri Besar menyalahgunakan kuasa dengan merampas aset tanah
YBK dan memulangkan bayaran tunggakan cukai RM5.7 juta walaupun telah
dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor
sebelumnya.
* Tindakan
ini nyata luar biasa, zalim dan tiada berbudi bicara kerana Akta Kanun Tanah
Negara membenarkan 4 pihak termasuk bukan pemilik tanah untuk membayar apa-apa
cukai bagi pihak pemilik tanah.
*
Keseluruhan jumlah cukai dipulangkan RM6.9 juta (RM 5.7 juta + RM 1.2 juta) RM
1.2 juta adalah cukai yang telah dibayar dan diterima oleh kerajaan negeri
sebelum ini.
* Ini adalah
salah guna kuasa dan menyalahi amanah kerana sebagai sebuah kerajaan. Mengutip
cukai adalah tanggungjawab dan cukai yang telah dikutip adalah wang rakyat.
Kenapa ia dipulangkan sedangkan ia boleh digunakan untuk manfaat rakyat.
4. ISU AGAMA
i)
Penggunaan Dana Islam Untuk Pembangunan.
* Abdul
Khalid ada mengusulkan agar wang zakat atau tabung seumpama Baitulmal digunakan
bagi tujuan pentadbiran dan pembangunan negeri kerana kerajaan kekurangan dana.
* Kata
beliau di persidangan DUN: "Semua rakyat Selangor membayar cukai …membayar
zakat baitulmal perniagaan. Yang dikhaskan dalam satu baitulmal. Satu
baitulmal…yang mana dimasuk…. Dan duit tu..akan 100% diamanahkan untuk
pembangunan..negeri Selangor."
* Dalam
konteks zaman kegemilangan Islam dahulu, dana baitulmal memang digunakan untuk
pelbagai tujuan pentadbiran dan pembangunan di mana bukan Islam turut membayar
dalam bentuk cukai kepala.
* Tetapi
Baitulmal dalam konteks sekarang adalah dana umat Islam sahaja.
ii) Duit
Zakat Untuk Bukan Islam?
* Dalam
persidangan DUN 2008, Dr. Mohd Nasir Hashim, wakil Kota Damansara ada
mengusulkan agar wang zakat diagih kepada orang bukan Islam. Katanya -
"Kita dapat banyak duit zakat. Adakah peruntukan untuk memberi mereka yang
bukan Islam, yang miskin kerana mereka juga adalah makhluk Allah juga. Kerana
kalau duit banyak tu kita share sikitlah".
* Ini
menunjukkan ketidakfahaman seorang pemimpin Melayu yang seharusnya tahu wang
zakat hanya untuk orang Islam dalam lingkungan asnaf yang lapan.
5. ISU
EKONOMI /KEWANGAN
a. Pakej
Rangsangan Ekonomi Negeri Tidak Realistik
* Kerajaan
negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri meliputi lima projek dengan
jangkaan perbelanjaan melebihi RM50 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta
* Jumlah
pelaburan itu tinggal anggaran dan lima inisiatif tersebut tinggal perancangan
tanpa ada kepastian bagaimana kerajaan negeri hendak mencapainya kerana
sehingga kini tidak ada sebarang angka yang pasti berapa jumlah wang yang sudah
dapat.
b. Kerajaan
negeri wujudkan Monopoli Dalam Industri Pasir
* Pewujudan
syarikat tunggal Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) menguruskan pasir dari
tanah-tanah kerajaan menjadi KSSB tidak kompetitif, tidak telus dan tidak
bertanggungjawab.
* KSSB tidak
takut hilang perniagaan kerana mereka tidak mempunyai pesaing dalam industri ini.
* Lebih
memburukkan, KSSB turut mengawal kutipan doket pasir yang dahulu dibuat oleh
pejabat tanah daerah. Pihak swasta telah ambil alih peranan kerajaan. Ini lebih
mendedahkan pada amalan rasuah dan penyelewengan
c. 'Industri
Babi' Hadiah Pertama Untuk Rakyat Selangor
* Baharu
sahaja berkuasa, kerajaan PKR Selangor melalui Teresa Kok mengumumkan kelulusan
pembinaan kandang babi moden dengan bajet RM100 juta.
* Ia menjadi
hadiah pertama mereka untuk rakyat.
6. ISU
SAMPAH
1. Bukti
jelas kerajaan pakatan Selangor gagal mengurus negeri dengan baik. Mereka
menamatkan khidmat Alam Flora dan menyerahkan kepada PBT kononnya bagi
menjimatkan kos. Namun, hakikatnya yang berlaku hari ini Selangor menjadi
negeri 'Darul Sampah'.
2. Perlu
diingat bahawa pembersihan dan sisa pepejal menerima peruntukan daripada
Kerajaan Pusat. PBT dan Kerajaan negeri Selangor menerima peruntukan melebihi
RM500 juta setiap tahun. Jumlah tersebut cukup banyak dan peluang pakatan
pembangkang untuk menukar peruntukan tersebut sebagai dana pilihan raya dan
aktiviti Pakatan di Selangor sangat besar.
7. ISU
PERIBADI
* Exco
Selangor Tidak Bermoral?
* Selangor
gempar dengan penyebaran gambar-gambar lucah melibatkan EXCO Selangor,
Elizabeth Wong di internet.
• Walaupun telah menghantar surat untuk meletak jawatan sebagai ADUN dan EXCO Selangor
sebagai tanda orang bersalah, namun diminta oleh parti agar berehat dan
berfikir kembali. Alasannya - hak dan ruang peribadi beliau telah dicerobohi.
• Akhirnya beliau
kembali bertugas atas sokongan rakan. Nampaknya persoalan moral dipinggirkan
oleh mereka di mana kuasa mengatasi segala-galanya.
8. ISU RUMAH
URUT DAN HIBURAN
Pusat
Hiburan Semakin Bertambah
l Dr.
Halimah Ali (Pas), Exco Pendidikan Selangor pernah menggelarkan Selangor
sewaktu pemerintahan Barisan Nasional sebagai Darul Maksiat dan Darul Mungkar
kerana masalah sosial dengan merujuk pada data masalah sosial.
* Tetapi
kini mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat 5,911 (2009) tempat
judi, hiburan dan spa termasuk yang beroperasi secara haram sejak Kerajaan PKR
Selangor memerintah. Tahun 2008 berjumlah 3,600 lebih.
* Sedangkan sewaktu BN - lesen pusat hiburan,
judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja.
No comments :
Post a Comment