Anwar juga
penganut nepotisme
Anwar juga
menuduh Mahathir mengamalkan nepotisme, memperkayakan anak beranaknya dan kaum
keluarganya terutama sekali keluarga sebelah isterinya. Malah ada anak-anak
Mahathir yang menggunakan alamat Sri Perdana dalam prospektus syarikat
masing-masing. Betul. Tapi apakah Anwar tidak mengamalkan nepotisme?
Dia sering
berkata dia tidak membenarkan mana-mana pihak, termasuk kerajaan negeri,
memberi apa saja projek atau tanah balak dan sebagainya kepada kaum
keluarganya. Kononnya dia ingin membuktikan kepada rakyat dia tidak mengamalkan
nepotisme. Betul ke?
Ayahnya,
Datuk Ibrahim A Rahman, menjadi Pengerusi IOI. Sebelum Anwar menjadi Menteri,
sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak
timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan
dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai
hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan
hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.
Sewaktu
Anwar menikah lari dengan Wan Azizah di Siam, Datuk Wan Ismail hanya seorang
pengarah di bidang perang urat saraf di Jabatan Perdana Menteri. Waktu menikah
dengan anaknya Anwar bukan seorang menteri. Cuma mudir Yayasan Anda. Pada waktu
itu dia dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya yang menikah dengan
pejuang Islam nombor wahid.
Anwar
dianggap sebagai musuhnya kerana dianggap sebagai anti kerajaan dan peranan Wan
Ismail ialah sebagai anti kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah melumpuhkan
golongan-golongan pelajar di kampus yang anti kerajaan.
Tiba-tiba
anak gadis sendiri sudah muhabbatkihe dengan pejuang Islam. Ada semacam filem
Hindustan sedikit tema percintaan dan ketegangan antara menantu dengan bapak
mertua. Dengan bantuan Dollah Badawi kedua pihak, menantu dengan bapak mertua,
kembali berdamai. Bila menantu jadi menteri, tambah-tambah lagi sebagai Menteri
Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri luka lama hilang serta-merta.
Kini Datuk
Wan Ismail dikatakan juga kaya-raya berkat tuah menantu yang pernah dia musuhi
di masa lalu. Barangkali dia menjadi kaya raya tanpa minta projek dari
menantunya. Cukuplah sebagai bapak mertua pintu rezeki dan peluang terbuka
luas. Tidak perlu lagi mencari lampu Aladdin yang ajaib yang ada kuasa jin
afrit untuk membantu mereka.
Begitu juga
dengan abang-abang dan adik-adik Anwar. Semua menjadi kaya raya walaupun
kelayakan akademik tidak seberapa dan pengetahuan perniagaan yang mendalam
tidak pernah dimiliki sebelum Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini
menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar
menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga
hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Barangkali inilah
kelebihan mereka yang tidak dimiliki oleh rakyat marhaen yang lain. Apakah
tangkal azimat yang dipakai mereka?
Sudah pasti
mereka tidak menggunakan khidmat nasihat hantu raya, polong atau pun raja
toyol. Yang nyata mereka menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri.
Sebelum itu adik beradiknya ada yang menjadi guru, kerani kapal, pembantu
makmal, photographer tapi kini boleh dikatakan semua mereka kaya raya walaupun
kononnya Anwar tidak membantu mereka. Hebat, hebat sungguh keluarga Pak Berahim
dan Wan Ismail ini!
Kalau
dibandingkan kelayakan akademik anak-anak Mahathir mempunyai kelulusan akademik
dan profesional yang tinggi. Semua memiliki ijazah antaranya dalam bidang
finance dan mendapat pendedahan yang cukup baik dalam dunia korporat. Kalau
mereka mengendalikan beberapa syarikat korporat yang besar itu dianggap wajar
memandangkan kebolehan dan kemampuan mereka. Kalau mereka mendapat itu juga
dianggap wajar. Tentulah tidak wajar mengatakan kedudukan sang ayah sebagai
Perdana Menteri tidak membantu anak-anaknya dalam perniagaan dfan perusahaan.
Tapi
bagaimanakah adik-beradik Anwar yang tidak pernah terdedah dalam dunia korporat
sebelum Anwar menjadi menteri tiba-tiba kini menjadi pengerusi berbagai-bagai
syarikat yang disenaraikan BSKL dan juga syarikat sendirian berhad yang lain?
Barangkali otak dan kemampuan mereka sebagai tokoh-tokoh korporat adalah lebih
baik dari anak-anak Mahathir. Sama-sama mengamalkan nepotisme.
Rakyat tidak
marah kalau membantu anak buah sedikit sebanyak. Rakyat hanya benci dan marah
menyinga kalau nepotisme itu keterlaluan hingga mengancam rezeki dan peluang
mereka yang bukan ada pertalian darah dengan kedua-duanya.
Sumber : Buku
tulisan Yahaya Ismail bertajuk " 62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar
Gagal",
Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.
No comments :
Post a Comment