Mad Sabu
main gila lagi..! bila ada betina..! ada pompuan..! ada bini orang..! disitu
ada Mad Sapu..! Semasa PAS Negeri Sembilan mengumumkan nama Ketua Dewan Pemuda
PAS Jempol Ahad lalu sebagai calon bagi Parlimen Jempol Mad Sabu hadir didalam
masjlis tu.
Tup..tup..!
Mad Sabu mengumumkan nama penyanyi Aishah juga sebagai calon Jempol di Taman
Melewar tadi. Kan Mad Sabu juga hadir pada majlis di Negeri Sembilan hari ahad
tu.
Soalnya
kenapa tiba tiba Mad Sabu konar baring dengan mengumumkan nama Aishah, Kenapa
Mad Sabu boleh macam tu punya konar dan macam tu punya baring? hehehehe...Kalau
ikut rekod Mad Sapu kerja baring baring ni tak pelik bagi dia..! Kenapa dia
tidak menafikan atau bersuara didalam majlis pada ahad lalu di Negeri Sembilan?
musykil betul ler..!!!
SEREMBAN 4
April - Pengumuman nama dua calon oleh Pas bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri
Sembilan hanya menampakkan bahawa Pas negeri dan Pusat tidak sehaluan dalam
pemilihan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ini kerana,
nama pertama diumumkan pada Ahad lalu, Mohd. Fairuz Mohd. Isa yang juga Ketua
Dewan Pemuda Pas Jempol, adalah calon pilihan Pas Negeri Sembilan.
Pengumuman
nama Mohd. Fairuz dibuat sendiri oleh Pesuruhjaya Pas II Negeri Sembilan, Abd.
Rahman Ramli kepada media dalam satu program di Felda Raja Alias Empat di sini,
yang turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Calon kedua
pula, Wan Aishah Wan Ariffin iaitu penyanyi yang lebih dikenali sebagai Aisyah
dan popular dengan lagu Janji Manismu, merupakan calon pilihan Pas Pusat.
Nama Aisyah
bakal bertanding kerusi Parlimen Jempol diumumkan sendiri oleh Mohamad Sabu di
Markas Pas, Taman Melewar, Kuala Lumpur.
Mengulas
mengenai perkara ini, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani
mengakui bahawa pengumuman dua calon yang akan bertanding di Jempol dibuat
kerana Mohd. Fairuz dipilih di peringkat negeri manakala Aishah pula oleh Pas
Pusat.
"Justeru
itu, yang terbaik akan dipilih. Esok kami akan mengadakan pertemuan dengan Pas
Pusat bagi membincangkan calon yang akan bertanding di Ibu Pejabat Pas di Jalan
Raja Laut, Kuala Lumpur bermula 10.30 pagi.
"Selepas
perbincangan itu, siapa calon yang akan bertanding di Negeri Sembilan dijangka
akan diumumkan," katanya. - UTUSAN ONLINE
Lu Fikir La
Sendiri!!!
No comments :
Post a Comment