Ops Harimau
Belang!
Itulah
operasi bersepadu yang bakal dilakukan oleh PAS semasa dan ketika hari
pengundian sebagaimana surat yang didedahkan di atas adalah satu perkara yang
serius dan ianya wajib disiasat oleh pihak berkuasa.
Kerana
berdasarkan maklumat dalaman PAS, sehari selepas pembubaran parlimen - Unit
Amal PAS bermesyuarat di SUK Selangor untuk mewujudkan gerak kerja menimbulkan
kekecohan sepanjang kempen. Modus operandi mereka ialah dengan memasuki rumah
yang belum dimasuki oleh BN bertujuan menakutkan pengundi.
Percubaan
PAS mahu mencetuskan kekecohan sekaligus mewujudkan perasaan takut di kalangan
pengundi semasa PRU13 kelak adalah bukti jelas bahawa pembangkang sanggup
melakukan apa sahaja bagi memastikan proses pemilihan kerajaan oleh rakyat
dilihat berjalan dalam suasana yang tidak demokrasi.
Adakah Ops
Harimau Belang, NED dan BERSIH Ada Hubung Kait?
Kita imbas
sedikit ingatan kita terhadap segala kekecohan yang tercetus atas nama mahukan
pilihan raya yang adil oleh NGO haram BERSIH.
BERSIH pada awalnya menganjurkan demontrasi jalanan
atas nama 'BERSIH' kononnya mahu menuntut pilihan raya yang adil dengan meminta
SPR menggunakan sistem dakwat kekal dalam proses pilihan raya, setelah cadangan
ini diterima pembangkang mewujudkan beberapa lagi tuntutan bagi menghalalkan
demontrasi BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan BERSIH 4.0.
Walhal jika
diteliti isu pengundi hantu yang sering kali dimainkan oleh pembangkang hanya
tiba setiap kali negara menghampiri pilihan raya tetapi isu tersebut menyepi
sebaik sahaja mereka memenangi 5 negeri dalam PRU12.
Sebenarnya
jika diperhatikan tindakan pembangkang menerusi balaci mereka Ambiga dan BERSIH
bukan mahukan pilihan raya yang adil. Sebaliknya ia bertujuan menarik campur
tangan asing mencampuri proses pilihan raya sebagaimana berlaku di Filipina,
Myanmar, Laos dan Indonesia.
Kerana
gerakan BERSIH hampir sama dengan apa yang berlaku di negara-negara tersebut.
Bermula di
Filipina pihak asing memainkan peranan melalui penyaluran maklumat palsu secara
besar-besaran menerusi bahan kempen dan akhbar, menyeleweng sistem pilihanraya,
membiayai serta menulis ucapan untuk calon pro-amerika dalam kempen pilihanraya
negara tersebut.
Sekitar 1955
sejumlah USD1 juta digunakan oleh pihak asing untuk membiayai kempen
pilihanraya gabungan parti sederhana bagi menganggu dan mengurangkan sokongan
rakyat Indonesia terhadap Presiden Sukarno.
Manakala di
Laos pada tahun 1960 pihak asing terlibat serta campur tangan dalam sistem
pilihan raya negara setelah pembangkang mendakwa pilihan raya negara tersebut
tidak adil dan tidak telus.
Pihak asing
dipercayai zionis amerika terlibat dengan memasukkan kertas undi palsu untuk
membantu kemenangan orang kuat mereka iaitu Phoumi Nosavan (pembangkang) bagi
memastikan kerajaan pro-Amerika ditubuhkan di negara tersebut.
Gerakan
licik yang dilakukan oleh agen asing telah berubah dan kini dikatakan mereka
terus bergerak dengan berselindung melalui NED yang ditubuhkan kononnya
menyokong institusi demokrasi di seluruh dunia melalui usaha yang dilakukan
oleh badan-badan bukan kerajaan.
Jadi
pendedahan surat yang tersebar di beberapa laman blog merupakan satu perkara
yang serius, jika benar Ops Harimau Belang bukannya datang dari PAS, sewajarnya
pemimpin tertinggi PAS mengeluarkan kenyataan serta ikrar kepada rakyat bahawa
parti tersebut sama sekali tidak akan membuat kekecohan sepanjang PRU13.
Justeru itu
sewajarnya pihak berkuasa meneliti serta menyiasat mengenai perkara ini, kerana
ia sebenarnya melibatkan soal keselamatan negara, kerana dibimbangi perkara
yang dilihat kecil ini bakal membuatkan negara kita menerima nasib yang sama
seperti Filipina, Laos, Myanmar dan Indonesia.
Video
untuk tontonan
baca seterusnya di sini
No comments :
Post a Comment