Pakatan
Rakyat sudah mengesahkan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bakal menjadi
satu lagi retorik terbesar Khalid Ibrahim dan PKR sepanjang berkuasa di
Selangor.
Pakatan
Rakyat sudah mengesahkan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bakal menjadi
satu lagi retorik terbesar Khalid Ibrahim dan PKR sepanjang berkuasa di
Selangor.
TAWAS
menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM 100 dari
kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Skim ini
akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang. Pada usia 17 tahun mereka
yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar RM 1,500.00.
Perlu
diingat ... Pakatan Haram telah menghabiskan RM 500 ribu untuk kempen dan
promosi skim namun hanya 19.4% daripada jumlah anak yang lahir di Selangor yang
menyertainya.
Ini
menunjukkan majoriti rakyat Selangor tidak berminat dan tidak percaya dengan
skim yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini.
Sehingga ke
hari ini ... Khalid Ibrahim masih gagal menjawab apakah bentuk pelaburan yang
telah dibuat oleh Yawas bagi memastikan ia mampu membayar jumlah yang
dijanjikan menjelang 2025.
Pelik ...
Kerajaan negeri sumbang RM 8.5 juta untuk dana TAWAS, RM 5 juta untuk dana
operasi.
Mengapa
begitu besar begitu besar dana diperuntukkan untuk kos operasi YAWAS?
Satu lagi
persoalan yang belum tentu Khalid Ibrahim mampu menjawab ...
Bagaimana
Khalid Ibrahim mahu menjelaskan jumlah pendapatan tiga tahun RM 0.6 juta boleh
menampung kos operasi tiga tahun berjumlah RM 4.9 juta?
Baki dana
YAWAS pada akhir tahun 2011 hanya tinggal RM5.68 juta ...
Dalam
Laporan Ketua Audit Negara 2011, jumlah ini "adalah kecil berbanding
jumlah kewangan yang diperlukan bagi membiayai operasi YAWAS dan seterusnya
manfaat Skim TAWAS."
Khalid
Ibrahim perlu menjelaskan kemanakah dibelanjakan RM 7.82 juta kerana
berdasarkan Laporan Audit 2011, jumlah sumbangan kerajaan negeri ialah sebanyak
RM 13.5 juta dan LKAN menyatakan dana dalam Yawas hanya tinggal RM 5.68 juta.
Simple
mathematics ... RM 13.5 juta - RM 5.68 juta = RM 7.82 juta
Khalid
Ibrahim perlu menjelaskan ...
1) RM 4.9
juta digunakan untuk mengurus pelaburan 60 ribu orang di bawah TAWAS yang tidak
mencapai capai matlamat sejak 2009?
2) Mengapa
perbelanjaan pengurusan YAWAS begitu besar sekali dan siapa yang mendapat
habuan-habuan ini?
3) Perlukah
'Bail Out' dilakukan jika trend perbelanjaan melebihi pendapatan seperti
sekarang berterusan bagi YAWAS dan TAWAS? Tak mustahil?
Siapa
sebenarnya yang mendapat manfaat skim ini sebenarnya ... Anwar? Azmin? atau
puak-puak Khalid Ibrahim sendiri.
Baca seterusnya di sini
No comments :
Post a Comment