Tunggu punya
tunggu akhirnya keluar sudah tarikh nak PRU, menggelupor la pakatan dibuatnya!
Kah kah kah, berikut adalah petikan dari Perak Today.
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi mengumumkan 20 April ini sebagai tarikh
penamaan calon manakala tarikh pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)
ditetapkan pada 5 Mei depan.
Pengerusi
SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tarikh mengundi awal bagi anggota
tentera, polis dan petugas pilihan raya ditetapkan pada 30 April.
Berdasarkan
keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan berbanding
tempoh pilihan raya umum 2008 ialah hanya 13 hari.
Beliau
berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini berdasarkan
daftar pemilih yang digazetkan esok.
Pilihan raya
umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN.
Untuk
PRU-13, SPR akan menggunakan 8,789 pusat mengundi dan 26,219 saluran mengundi
di seluruh negara.
Bagi hari
pengundian awal, 544 pusat pengundi digunakan dengan 882 saluran mengundi
disediakan SPR.
Pada hari
pengundian iaitu 5 Mei, SPR akan membuka 8,245 pusat mengundi manakala saluran
mengundi di seluruh negara pula berjumlah 25,337.
Sejumlah RM4
juta dibelanjakan SPR untuk melaksanakan PRU-13 dan lebih 234,000 petugas
dilantik bagi melancarkan proses pilihan raya kali ini.
Pengundi
boleh membuat semakan berkaitan maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi menerusi
laman web rasmi www.spr.gov.my atau mengunjungi laman portal wwwpru-13.gov.my.
So banyak
masa tu kan? Kita tungu dan lihat apa lagi puak pakatan harami nak buat!
No comments :
Post a Comment