Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, April 10, 2013

Musa minta pembangkang henti guna kenyataan beliau



Apa sudah jadi bang non. Sudah kepupusan pemimpin berberwibawa kah nak dijadikan bahan rujukan. Tak kan lah nak tarik undi pun hingga terpaksa mempergunakan orang lain. Kesian admin tengok puak-puak ni…dah la  bangkrap idea.. Nanti bagi sebuah Negara pun  bangkrap juga.

Agak-gak la weii jika pun dah tak de maruah, dah tak mampu nak jual pemimpin sendiri jangan la pulak nak jual pemimpin lain!!! Sebaiknya Pakatan Haprak ni sedarlah diri tu sikit.


  • Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam tidak mahu dirinya dikaitkan dengan tindakan pembangkang menggunakan kenyataannya untuk menyerang balik Barisan Nasional (BN).

"Pakatan (pembangkang) nampaknya begitu terdesak untuk mempromosi diri mereka dan untuk menarik sokongan pengundi, mereka sanggup menggunakan saya sebagai senjata utama mereka untuk menyerang balik BN," kata Musa dalam satu kenyataan.
 
Sambil melahirkan rasa tidak selesa beliau, Musa berkata: "Jalan keluar menggunakan saya dalam langkah politik yang terdesak ini mesti dihentikan.
 
Kenyataan yang mendakwa mendapat sokongan saya mesti dihentikan.
 
"Dan jalan keluar menggunakan saya dan menyebut kenyataan saya dengan menggunakan papan iklan mesti juga dihentikan.
 
Saya membuat permintaan ini demi keadilan dan kesopanan politik".
 
Menyentuh debat mengenai kemungkinan atau tidak kerajaan jadi bankrap, Musa memuji hujah lisan pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak pada pelancaran ikrar pilihan raya BN Sabtu lepas.
 
"Saya ucap tahniah kepada pengerusi Barisan kerana hujahnya yang lancar menentang Pakatan atas tajuk khusus ini.
 
"Tanpa menggunakan saya, saya gesa Pakatan muncul berhujah dan menyerahkannya kepada penilaian bijak pengundi," kata Musa.
 
Dalam kenyataan itu, Musa seterusnya berkata beliau tidak berhasrat untuk menyertai semula politik dan beliau akan terus menyatakan pandangan peribadinya mengenai sebarang isu politik.
 
"Saya seorang anggota Umno dan BN dan dengan itu juga, saya harap Barisan akan memenangi pilihan raya ini. Sesungguhnya, saya yakin Barisan akan memenangi pilihan raya ini," kata beliau.
 

Sumber: My ENT.Yahoo.Com 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.