Ketika ini
heboh di kalangan beberapa kerat pemimpin penyokong pakatan khususnya dari PKR
yang sibuk memperkatakan dakwaan bahawa Manifesto BN bertemakan “Menepati Janji
Membawa Harapan” telah meniru idea dari Manifesto Pakatan. Malah seorang
"penganalisis ekonomi" dari sebuah universiti swasta sanggup
menelefon wartawan "Bloomberg" memaklumkan yang BN menciplak
manifesto pakatan haram. Maka berduyun-duyunlah blogger dan beberapa kerat
penyokong pakatan haram ini mengutuk dan menyatakan yang akhbar luar negara
memalukan BN kerana pencilaplakan tersebut. Aduuuus!!!
Salah satu
inti pati Manifesto BN yang dikatakan ditiru dari Manifesto Pakatan ialah
mengenai janji penurunan 20% hingga 30% harga kereta secara
berperingkat-peringkat.
Untuk
mengetahui hakikat SIAPA YANG MENIRU SIAPA,
kita perlu mengimbas kembali tahun-tahun sebelumnya kerana ia kaedah
terbaik untuk mencari kebenaran.
Pada 22 Mac
2006, Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperkenalkan Dasar Automatif
Negara (DAN) selepas rangka pelan mengenainya diumumkan seawal 19 Oktober 2005.
Kesan awal
perlaksanaan dasar itu menurut analisis oleh OSK Research ketika itu
menyaksikan harga kereta buatan nasional telah mengalami penurunan antara RM353
hingga RM385.
Sementara
kereta import jenama luar yang dipasang di negara ASEAN seperti Honda City,
Nissan Sentra dan Toyota Altis pula penjimatan yang diperolehi ialah sekitar
RM1,900 hingga RM4,000.
Untuk
menghindari kesan buruk dasar ini kepada syarikat penjual kereta terpakai
(secondhand), maka melalui DAN 2009 yang diumumkan pada 28 Oktober 2009 pula
diperkenalkan Pewartaan Harga Kereta Import Terpakai bagi menangani
pengisytiharan bawah harga.
Dengan
langkah penambahbaikan itu, para pengusaha kereta terpakai boleh bernafas lega
dan risiko perniagaan mereka rosak atau muflis dapat dikurangkan.
Pada tahun
2004, kita hanya mampu bergaya dengan kereta Kancil 660 yang harganya ketika
itu ialah RM25,846.00 namun dengan harga yang hampir sama pada tahun 2011
hingga sekarang kita boleh memiliki model kereta yang sedikit besar dan selesa.
Sedangkan
PKR melalui Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli hanya mula bercakap mahu
menurunkan harga kereta pada pertengahan 2012, lewat 6 tahun dari DAN 2006 yang
diperkenalkan oleh Kerajaan BN.
Malah janji
Pakatan melalui manifestonya untuk meliberalisasikan harga kereta supaya sebuah
kereta dapat dijual pada harga serendah RM25,000 sebenarnya sudah lama dicapai
semenjak tahun 2004 lagi, tapi baru sekarang Pakatan sibuk memperkatakannya.
Berdasarkan
beberapa ringkasan fakta di atas, patutnya kita dah tahu siapa yang meniru
siapa.
Apa pun tak
usahlah pelik dengan sikap lembik dan lembap Rafizi Ramli dan PKR, tak berapa
lama dulu pun mereka sibuk mendakwa BN mencedok idea mereka dalam hal pemberian
permit individu untuk pemandu teksi, padahal sebenarnya BN sudah mula
membincangkan isu permit teksi individu semenjak 1999 lagi.
Yang
penting, dalam hal menikmati harga yang lebih rendah untuk apa sahaja model
kereta, ia tidak semudah diperkatakan. Banyak perkara perlu dihalusi supaya ia
tidak memberi impak negatif pada ekonomi negara.
BN telah
berusaha semenjak 2005 lagi ke arah itu. Semua penjimatan ini tidak berlaku
secara mendadak, ia berdikit-dikit yang pentingnya setiap dasar dan
penambahbaikan yang dilakukan oleh Kerajaan BN mengambil kira kepentingan semua
pihak.
No comments :
Post a Comment