Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, August 7, 2015

MOTIF SEBENAR DAP & PEMBANGKANG BODEK SPRM. #sokongSPRM



Politik Malaysia ini unpredictable. Jika dahulu dimaki dan dikutuk, hari ini boleh dipuji setinggi langit. Jika dahulu dilabel dihina sebagai tali barut dan anjing UMNO, hari ini boleh diangkat menjadi hero, telus dan berani.

Inilah mainan DAP, Pakatan pembangkang dan tali barut mereka.

Pakatan pembangkang membuktikan sikap hipokrasi dan opportunis mereka apabila cuba mengambil kesempatan kononnya menyokong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini mereka mengutuk dan mempertikai SPRM sehingga mereka berdemo menuntut supaya SPRM disiasat. DAP juga berkonfrotasi dengan SPRM. Laporan media:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang agensi itu telah menyiasat isu pembelian hartanah oleh MARA Inc Sdn. Bhd. (MARA Inc) sejak Disember 2014 dan cuba menutup kes berkenaan - seterusnya Dan hari ini, pihak yang mengutuk, menghina dan memperlekehkan SPRM, tampil ke hadapan berlagak menyokong SPRM. Memang amat memualkan tetapi Pakatan Pembangkang buat juga.

Mungkin perasaan malu mereka sudah hilang sejak boss besar mereka didapati bersalah kerana meliwat lelaki atau pun apabila Lim Guan Eng didapati bersalah kerana menghina Dato' Jaharah Hamid dengan gelaran 'nenek rasis'.

Mereka pun berduyun-duyun menghadap pihak SPRM walau pun mereka tahu mereka akan terpaksa menanggung malu dan akan dikutuk oleh rakyat. SPRM dipuji melangit dan 'disokong'.

Inilah Pakatan pembangkang dalam Malaysia. Hanya sekadar menanguk di air yang keruh mengambil kesempatan kepada apa sahaja yang berlaku di negara ini.

Tetapi bagaimana jika siasatan akhir SPRM mendapati tidak ada apa-apa yang salah bagi pihak DS Najib Razak dan 1MDB?

  1. 1. Apakah DAP dan pakatan pembangkang akan kembali menghina agensi SPRM seperti dahulu?
  2. 2. Apakah macai-macai pembangkang akan kembali mengutuk SPRM dengan pelbagai penghinaan seperti tali barut dan anjing UMNO? Lagi..

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.