SINGAPURA,
Selasa – Pengguna yang melalui Bukit Timah Expressway (BKE) semalam, terkejut
selepas disajikan dengan permandangan yang jarang-jarang berlaku – wang
bertaburan di atas jalan raya.
Difahamkan,
kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.20 petang berdekatan persimpangan Seletar
Expressway (SLE) dan BKE.
Klip
video yang dimuat naik hari ini menunjukkan separuh daripada laluan lebuh raya
itu dipenuhi wang kertas RM50.
Klip
video yang dirakam dari sebuah kereta itu juga menunjukkan beberapa penunggang
motosikal dan kereta berhenti di tepi lebuh raya untuk memungut wang kertas
berkenaan, tanpa menghiraukan keselamatan mereka.
Kenderaan
yang bergerak di kiri lebuh raya itu pula terpaksa diperlahankan bagi mengelak
kemalangan.
Seorang
Pembantu Tadbir yang hanya dikenali sebagai Annie memberitahu, dia ketika itu
berada di dalam bas dua tingkat apabila melihat banyak wang kertas melayang di
udara.
Katanya,
sesetengah penumpang meminta pemandu supaya memberhentikan bas kerana mereka
juga mahu mengutip wang berkenaan.
“Sekurang-kurangnya
terdapat RM10,000 wang kertas yang bertaburan itu,” katanya.
Bagaimanapun,
tidak pasti bagaimana wang kertas berkenaan boleh bertaburan di lebuh raya itu.
–Ismaweb
No comments :
Post a Comment