Ayat Matematik di atas adalah contoh bagaimana
Pemilihan semula CEC DAP dijalankan sehingga membawa keputusan yang ‘tidak lari
jauh’ dari keputusan terdahulu. Walaupun keputusan ini berjaya memberi kelegaan
kepada parti itu, namun ia tetap tidak mampu menyelamatkan air muka Guan Eng
dari jatuh selaras dengan undiannya yang jatuh ke tangga ke 5.
Untuk pengetahuan semua, 2,576 adalah jumlah
perwakilan yang layak mengundi dalam CEC DAP. Bagaimanapun, 845 perwakilan
telah tidak hadir dan menjadikan jumlah yang hadir pada Kongres Pemilihan Khas
pada 29 September lalu hanyalah 1,731 sahaja.
Dari jumlah itu, 6 orang tidak mengundi lalu
menjadikan jumlah perwakilan yang mengundi hanyalah 1,725. Adalah difahamkan,
dari jumlah 1,725 ini terdapat juga ‘pengundi hantu’ dari kalangan mereka yang
telah dipecat dari parti termasuk Jenice Lee.
Dari situ pula, 17 dari 68 calon yang bertanding
menarik diri di saat akhir. Ini menjadikan jumlah yang bertanding hanyalah 49
orang sahaja.
Dan dari 49 orang ini, hanya 20 orang yang perlu
dipilih oleh 1,725 perwakilan untuk menganggotai Jawatankuasa Pusat parti DAP.
Walaupun menarik diri di saat akhir bukanlah
sesuatu yang melanggar undang-undang, namun kita tidak dapat mengelak dari
mengesyaki adanya sesuatu yang tidak kena apabila jumlah yang menarik diri itu
begitu ramai iaitu hampir 1/3.
Begitu juga dengan jumlah ketidakhadiran yang
jauh lebih ramai dari jumlah mereka yang tidak menerima notis mesyuarat sebelum
ini iaitu 753 orang.
Lebih pelik lagi apabila undi Zairil melonjak ke
tangga 12 sedangkan kemenangannya sebelum ini juga difahamkan atas manipulasi
dari kiraan semula. Malah, kita difahamkan bahawa Zairil sendiri terkejut
dengan kemenangannya. Tidak cukup dengan itu, DAP juga tidak serik mengambil
sikap keterlaluan dalam menonjolkan Zairil sebagai Melayu sedangkan beliau
adalah 100% Cina!
Maka tidak hairanlah apabila masih terdapat
suara-suara lantang yang marah serta rungutan tidak puas hati di kalangan
ahli-ahli DAP walaupun pemilihan semula telah pun selesai dijalankan.
Walaupun ahli-ahli DAP ini mungkin tidak dapat
membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena, namun kita pasti, mereka kini telah
belajar sesuatu yang menyakitkan berkenaan parti yang disokong mereka.
Hakikatnya, parti DAP adalah parti rasis, chauvinis yang dipimpin secara
diktator oleh keluarga Lim dan Singh.
DAP adalah sebuah parti yang tidak mungkin
berlaku jujur dan tidak mungkin akan berani bersaing atas dasar meritokrasi
dengan sebenar-benarnya. Ketahuilah bahawa selagi boleh, puak-puak DAP ini akan
memanipulasi, menipu dan melakukan apa saja untuk ‘menang’ walaupun mulut mereka
tidak henti-henti melaungkan keadilan, ketelusan dan kesamarataan.
Untuk ahli-ahli DAP terutama dari kaum bukan Cina
untuk terus menyokong parti itu, mereka semestinya berada dalam dunia khayalan
atau pun buta sepenuhnya.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment