Pembangkang sentiasa menyatakan
sokongan moral yang tidak berbelah bahagi terhadap penjenayah. Mereka bersungguh-sungguh cuba mencipta
“image” buruk pihak polis dan memberi gambaran bahawa penjenayah
yang melakukan kejahatan sebagai pihak yang teraniaya. Logik akal manusia yang
waras fikirannya akan tahu hakikat sebenar kedudukan pembangkang dalam negara kita. Mungkin juga mereka memberi
dorongan tersebut dengan bertujuan untuk menggugat keamanan Negara bagi memudahkan
mereka merampas Malaysia dari tangan Barisan Nasional.
Dengan dorongan dari pembangkang yang begitu
kuat maka ianya seolah-olah memberikan isyarat kepada penjenayah dan “kongsi
gelap” bahawa mereka akan sentiasa dibela apabila melakukan kejahatan dan
jenayah. Ini secara tidak langsung memberikan gambaran sebenar akan pembangkang
sebagai “penjahat” yang menyediakan Negara bebas untuk penjenayah.
Memandangkan kegiatan kongsi gelap yang
berleluasa dan kejam maka Kerajaan terpaksa memasukkan kesalahan jenayah
terancang dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
(Sosma).Ini berikutan samseng Malaysia
kini lebih berani daripada mafia Amerika Syarikat (AS) semasa perang antara
kumpulan kongsi gelap sekitar 1920-an.
Kumpulan kongsi gelap telah
berani tampil dengan bangga dan angkuh
berarak jika ada sebarang kematian melibatkan anggota kumpulannya.
Sedangkan Mafia 1920-1930an pun tak seberani itu dalam menayangkan secara
terang kumpulan kongsi gelap mereka. Perang mafia AS pada waktu itu telah
berjaya dirakam merupakan insiden keganasan yang menyaksikan pembunuhan
beramai-ramai pada hari kekasih 1929.
Dimana ianya melibatkan pertempuran tujuh kumpulan, termasuk mafia
terkenal Al Capone. Namun peristiwa tersebut tidak dapat menandingi kesesakan
teruk lalu lintas di Pulai Pinang pada Ogos lalu apabila diadakan perarakan
sempena kematian seorang anggota samseng.
Malahan mengikut sumber applebiru seorang
peguam PKR N. Surendran didakwa membuat kenyataan bahawa beliau akan membela
pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pekerja Ambank semalam. Laporan memetik N.Surendran yakin pengawal
keselamatan terrsebut mengalami tekanan dan menjadi tugas untuk beliau
mempertahankan pengawal Keselamatan tersebut dan mengelakkan hukuman gantung
sampai mati jika pengawal keselamatan tersebut disabitkan dengan kesalahan
membunuh. Keluarga pengawal keselamatan yang membunuh pekerja Ambank juga
dilaporkan telah berjumpa dengan N. Surendran bagi membantu dalam kes
pembunuhan ini.
Maka tindakan pembangkang yang
berterusan menentang arus dengan tetap menyatakan pendirian menyebelahi
penjenayah harus difikirkan dengan mendalam akan maksud tersurat dan tersirat
mereka kerana kami rakyat Malaysia mahukan sebuah Negara yang aman dan
tenteram.
Sikap pembangkang yang menyokong penjenayah
memberi isyarat bahawa jenayah amat di alu-alukan harus diterangkan kepada
semua rakyat bahawa sekiranya mereka mengundi pembangkang maka itu bermakna
mereka mengundi untuk menggalakkan kejadian jenayah terus berleluasa di Negara
kita.
Selama ini kita naik muak apabila
pembangkang mencari ruang membela sesiapa sahaja yang terlibat atau melakukan jenayah seperti
kes Kugan, Beng Hock, AmirulRasyid dan lain-lain lagi. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan
cintakan keamanan maka menjadi kewajipan kita memastikan pembangkang terus ditolak
dan dikuburkan oleh rakyat.
Baca Seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment