Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, October 10, 2013

Polis Tembak Mati Tiga Perompak di Meru Raya


Polis menembak mati tiga penjenayah yang cuba melarikan diri selepas merompak kedai emas di Meru Raya, Jelapang tengah hari tadi.

Tiga perompak terbabit ditembak mati dihadapan Tanah Perkuburan Islam Meru Raya setelah cubaan mereka melarikan diri dapat disekat polis.

Dipercayai seorang penjenayah berjaya meloloskan diri dengan kenderaan jenis Proton Waja yang digunakan untuk merompak manakala tiga yang lain mati ditempat kejadian.

Polis sedang giat memburu seorang lagi penjenayah yang terbabit.

Difahamkan penjenayah tersebut merompak sebuah kedai emas di hadapan Mydin jelapang kira-kira pukul 10.40 pagi tadi sebelum berjaya ditembak 2 kilometer daripada kedai yang dirompak.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Param akan mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian tersebut pada pukul 4 petang ini.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.